Katrina Kaif dan Vicky Kaushal kini pasangan suami isteri

0

Sama cantik sama padan.

Itulah yang boleh diungkapkan buat pasangan pengantin baru,  selebriti terkenal Bollywood Katrina Kaif bersama Vicky Kaushal pada majlis perkahwinan mereka  semalam (Khamis).

Menerusi posting di Instagram, mereka berkongsi beberapa photo eksklusif perkahwinan dalam satu majlis bertempat di Six Senses Fort Barwara, Rajasthan.

Pada imej itu, Katrina yang cantik dalam persalinan tradisi India bewarna merah dengan hiasan keemasan dilihat meletakkan kalungan bunga pada Vicky, duduk di mandap sambil berpegangan tangan dan mengambil pheras.

Memetik laporan Hindustan Times, majlis yang dikawal ketat itu mewajibkan semua hadirin mematuhi larangan mengunakan telefon termasuk untuk tujuan mengambil gambar. Beberapa laporan turut mendakwa tetamu diberi nama kod atas faktor keselamatan serta demi mengekalkan privasi.

Mengimbas kembali hubungan pasangan sejoli ini, mereka pada mulanya merahsiakan hubungan dari pengetahuan umum, namun dikhabarkan mula berkenalan pada 2019.

Walaupun tiada pengakuan sedang bercinta, tetapi hubungan mereka dapat dihidu apabila menghadiri majlis keraian bersama-sama, malah pernah menikmati percutian romantis.

Awal tahun ini, Katrina dilihat datang untuk memberi sokongan kepada Vicky pada tayangan perdana filem Sardar Udham.

Malah, ketika muncul untuk rancangan televisyen popular ‘Koffee With Karan’ pada 2018, Katrina berkata mereka (dia dan Vicky) ‘mungkin kelihatan baik bersama’ di skrin. Apabila Vicky diberitahu tentang komen Katrina semasa episodnya, dia berpura-pura pengsan! Alah alah malulah tu! 🥰

Untuk rekod, Vicky, 33 tahun, merupakan pelakon di Bollywood sejak tahun 2012. Merupakan pemegang ijazah dalam bidang engineer dari Rajiv Gandhi Institute of Technology, Mumbai, antara filem lakonan Vicky yang diterajuinya ialah Uri ; The Surgical Strike (2019), Sardar Udham (2021), Raazi (2018), Physio Raman (2016) dan Zuban (2015).

Manakala Katrina, yang juga seorang peragawati berusia 38 tahun ini pula mula bergerak aktif dalam bidang seni sekitar tahun 2003. Antara filem lakonannya ialah Bharat, Phantom, Zero dan Ek Tha Tiger. Wanita warga negara British ini dilahirkan di Hong Kong dan membesar di beberapa negara sebelum berpindah ke London.

“Hanya cinta dan kesyukuran dari hati untuk segala yang membawa kami hingga ke saat ini. Kami mohon kasih sayang dan rahmat anda untuk kami memulakan perjalanan baharu ini bersama-sama,” tulis Katrina dan Vicky pada kapsyen mereka.

Kita nantikan perkongsian photo pasangan ini dari masa ke semasa ya.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply