Kapal peronda China ceroboh perairan Laut China Selatan

0

Kapal peronda milik China menyertai kumpulan kapal milik Vietnam, sekali gus menyukarkan pengesanan.

Perkara itu didedahkan Setiausaha BAKAMLA, S Irawan dalam perbicaraan dengan Suruhanjaya Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia.

“Kalau kita melihat di radar pengawasan atau memantau dari Pusat Komando dan Pengendalian (Puskodal), setakat hanya terdapat enam kapal Vietnam di wilayah bertindih termasuk kapal peronda milik China.

“Jika dilihat dengan mata kasar atau pemerhatian udara secara langsung, jumlah sebenar mencapai ratusan atau mungkin ribuan kapal berada di perairan ini,” katanya dalam perbicaraan dengan Suruhanjaya Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia.

Yang pasti tindakan kapal peronda China yang menceroboh kawasan perairan Laut Natuna di Indonesia menerusi perairan Vietnam mencetuskan kemarahan Badan Keamanan Laut (BAKAMLA) negara itu.

CNN Indonesia melaporkan, pihak berkuasa mendapati ribuan kapal milik China menceroboh kawasan perairan Laut China Selatan tanpa dapat dikesan radar tetapi boleh dikesan ketika melakukan rondaan.

Difahamkan, isu sempadan bertindih antara beberapa negara di Asia Tenggara selain kewujudan laluan laut bebas antarabangsa dimanfaatkan oleh kapal milik China untuk terus menceroboh Laut China Selatan.

Irawan juga mendakwa kapal peronda China sering mengganggu kegiatan perlombongan kapal Indonesia di perairan sendiri.

Menurut beliau, kapal yang mengibarkan bendera Indonesia di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral turut menjadi sasaran kapal China, yang ada di antaranya dikendalikan kumpulan separa tentera serta membawa senjata.

“Malah, kapal pengawal pantai China masih mengganggu kerja-kerja pelantar kapal mengibarkan bendera Indonesia di bawah kementerian,” katanya.

Dilaporkan, kedudukan BAKAMLA berdepan beberapa kekangan infrastruktur dengan hanya memiliki 10 unit kapal dan tidak mempunyai pesawat untuk pemantauan udara, memudahkan pencerobohan kapal China.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply