Kanak-kanak tiga tahun terbunuh dalam kebakaran ngeri, abang berusia empat tahun berada dalam keadaan kritikal

0

WALES, UNITED KINDOM : Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun terbunuh dalam satu kejadian kebakaran karavan manakala abangnya yang berusia empat tahun sedang bertarung nyawa di hospital.

Zac, 3, maut dalam insiden kebakaran karavan

Ketika kejadian, ayah mereka, Shaun Harvey, 28, sedang tidur di dalam karavan ketika anak-anaknya melawatnya.

Shaun Harvey, 28

Secara tiba-tiba api sangat marak,Shaun dan anak lelaki sulong, Harley sempat melarikan diri, tetapi Zac yang berusia tiga tahun meninggal dunia secara tragis.

Shaun, yang dikatakan “gembira” kerana dikunjungi oleh anak-anaknya pada waktu hujung minggu, telah berusaha untuk menyelamatkan Zac namun api marak dengan terlalu pantas.

Jirannya, Miriam Connolly, 54, memberitahu Shaun tidak sempat mendapatkan bantuan pada awal pagi Ahad.

Dia telah menarik Harley dengan cepat dan kembali untuk menyelamatkan Zac.

Harley, 4, berada dalam keadaan kritikal

Menurut Connolly, api telah merebak dengan begitu cepat. Hanya tangisan dan jeritan kedengaran dengan kuat.

Puan Connolly menambah: “Saya sedang tidur dan saya mendengar seseorang mengetuk pintu. Ia kemudian menjadi lebih kuat dan lebih kuat sehingga saya fikir kaca di pintu hadapan mungkin akan pecah.

“Apabila saya membuka pintu saya melihat Shaun telah membawa anak kecilnya.

“Kami meletakkan anak itu di dalam bilik mandi dengan air sejuk untuk cuba dan menyejukkannya.

“Apa yang dapat saya dengar ialah jeritan dan tangisan. Saya tidak tahu apa yang berlaku pada masa itu tetapi saya tahu sesuatu yang dahsyat telah berlaku, jadi saya membuat panggilan perkhidmatan kecemasan.”

Pasukan forensik yang berada ditempat kejadian berkata kebakaran berlaku pada jam 5.35 pagi hari Ahad dan memberitahu kebakaran berpunca dari elektrik.

“Kemudian kereta yang diletakkan di sebelah karavan turut disambar api yang marak, sangat mengerikan.”

Jurucakap polis berkata: “Pegawai dan pakar sedang memberi sokongan kepada keluarga yang masih dalam trauma.

“Pegawai Penyiasat Polis dan Kebakaran terus mengkaji kejadian itu walaupun keadaannya tidak dianggap sebagai sesuatu yang mencurigakan.

“Polis ingin bercakap dengan sesiapa yang berada di kawasan Ffair Rhos sekitar tempat kejadian yang mungkin mempunyai maklumat yang dapat membantu siasatan.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi polis pada 101, menggunakan rujukan ‘Storm 39’ pada 19 Januari.”

Gambar-gambar menunjukkan sisa-sisa cangkuk karavan hangus yang diletakkan di luar rumah milik anggota keluarganya – dengan api yang besar dan merebak sehingga merosakkan sebahagian bangunan berhampirannya.

Shaun dipercayai telah berpisah dengan ibu kepada kanak-kanak berkenaan yang bernama Erin dan tinggal di dalam karavan sementara dia mencari rumah tetap di kawasan terbabit.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply