Kanak-kanak lelaki genius, Laurent Simons telah tamatkan pengajian di Universiti Teknologi Eindhoven, Belanda kerana pertikaian tarikh tamat pengajian

0

Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang disenaraikan sebagai graduan universiti termuda di dunia telah menamatkan pengajiannya di Universiti Teknologi Eindhoven, Belanda berikutan pertikaian mengenai tarikh tamat pengajiannya.

Laurent Simons menjadi perhatian dan berita utama di seluruh dunia pada bulan lepas, kerana dia dikhabarkan akan menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrik di Universiti Teknologi Eindhoven sebelum akhir tahun ini skaligus akan menjadikannya graduan lulusan pertama di dunia di bawah umur 10 tahun.

Tetapi pada hari Isnin lalu, pihak universiti itu memberitahu rancangan Laurent dan ibu bapanya tidak layak memandangkan jumlah peperiksaan yang masih diperlukan yang perli diselesaikan sebelum hari lahirnya pada 26 Disember.

“Laurent adalah anak lelaki yang sangat berbakat, yang sedang menjalani pengajiannya pada tahap yang tidak pernah berlaku sebelumnya,” kata pihak universiti itu dalam satu kenyataan.

Oleh kerana perancangan asal seperti kelihatan tidak dapat dicapai, universiti itu memberitahu telah menawarkan, satu skim cepat di mana dia akan menamatkan pendidikannya pada pertengahan tahun 2020.

Walau bagaimanapun, ibu bapa Laurent memutuskan untuk tidak menerima tawaran itu dan segera menamatkan pengajian Laurent di Eindhoven.

“Sehingga minggu lepas semuanya baik-baik saja, dan kini tiba-tiba mereka melihat kelewatan enam bulan,” kata bapa Laurent, Alexander Simons, pada hari Selasa yang lalu.

Tarikh tepat tamat pengajian Laurent tidak pernah menjadi isu untuk keluarga, tetapi merasakan universiti itu bertindak balas terhadap rancangan mereka untuk memindahkan pendidikan Laurent di luar negara.

“Ini sangat pelik bahawa ini semua datang tepat pada masa kami memuktamadkan rancangan kami untuk PhD Laurent di universiti yang berbeza.

“Terdapat banyak universiti yang berminat untuk menawarkan Laurent belajar.

“Terdapat banyak permintaan untuk Laurent, dia adalah satu projek unik yang semua orang mahu menjadi sebahagian daripada,” katanya.

Laurent yang disamakan seperti pereka, ahli fizik, jurutera mekanik dan elektrik iaitu Nikola Tesla, berkata dia berimpian mahu menyelidik organ-organ dan mahu melakukan penyelidikan di makmalnya sendiri.

Graduan termuda di dunia yang akan menamatkan ijazah kejuruteraan elektrik pada akhir tahun ini pada usia 9 tahun kini mencetuskan persaingan di kalangan universiti elit dunia untuk mendaftar masuk kanak-kanak genius ini.

Universiti-universiti terbaik dari Amerika Syarikat turut membuat tawaran kepada Laurent dalam program peringkat Sarjana dan PhD sehingga ada yang telah menemu duga dan memberinya tugasan menerusi Skype secara tidak rasmi.

Sehingga kini, mengikut rekod Guinness Book of World Records, kanak-kanak termuda mendapatkan ijazah ialah American Michael Kearney, yang mencapai kejayaan pada bulan Jun 1994 pada usia 10 tahun empat bulan.

Leave a Reply