Kami kongsi tip cegah bibir kering

0

Bibir yang sihat bermakna walau sebanyak mana kamu mengoles gincu, selagi itu bibir kamu tidak kelihatan rosak dan kering.

Dengan cuaca yang tidak menentu, kadang-kala kulit kita juga menjadi dehidrasi lalu bibir antara yang terawal menunjukkan tandanya.

Tiada siapa sukakan bibir yang menggelupas bukan? Bukan itu sahaja, bibir juga antara anggota tubuh yang memiliki lapisan kulit yang paling nipis, maka lebih mudah untuk bahagian bibir menjadi rosak.

Oleh sebab itu juga, bibir antara anggota yang cepat menunjukkan tanda penuaannya. Jadi, apa kata mulai sekarang, kamu jangan lagi pandang remeh pada penjagaan bibir.

Mari saya kongsikan tip terbaik untuk elak bibir kering ini.

1- URUT PERMUKAAN BIBIR

Curi 5 minit daripada masa kamu setiap hari untuk mengurut bibir bagi meningkatkan sirkulasi darah pada bibir. Sirkulasi darah yang baik akan memberikan bekalan nutrisi yang diperlukan oleh bibir kamu.

2- ELAKKAN MENJILAT BIBIR DENGAN KERAP

Jangan jilat bibir dengan kerap! Ini kerana kamu hanya akan merosakkan lapisan paling atas perlindungan bibir kamu. Air liur mengandungi enzim pencernaan yang boleh memecahkan perlindungan pada bibir kamu dan menjadikan kulit lebih kering.

3- RAJIN SKRUB BIBIR

Skrub berfungsi untuk membuang semua lapisan kulit mati yang terdapat pada bibir. Bukan itu sahaja, ia juga bermanfaat dalam melindung kulit bibir daripada sebarang infeksi. Gunakan skrub khas untuk bibir, dan jangan gunakan skrub yang dikhaskan untuk wajah kerana formulasinya yang berbeza. Ingat kulit bibir ini jauh lebih lembut daripada lapisan kulit wajah yang lain.

4- MINUM AIR PUTIH DENGAN BANYAK

Bukan sahaja elok untuk tubuh badan, ia juga memberi manfaat baik untuk kulit bibir. Sembilan gelas air putih sehari akan membuatkan tubuh, kulit dan bibir kekal terhidrat. Bibir juga tidak akan mudah kering.

5- LINDUNG KULIT BIBIR

Bibir juga mudah terbakar akibat terkena cahaya matahari yang berlebihan. Ini kerana bahagian bibir ini tidak mengandungi melanin yang mencukupi.

Jadi, rajinkan diri untuk menyapu salap bibir yang mengandungi formula SPF.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply