Kami kongsi snek dan kudapan sihat

0

Bagaimana anda mengisi masa terluang sewaktu dalam tempoh perlaksanaan kawalan pergerakan ini?

Pasti ramai bersetuju, makan adalah perkara yang paling disukai ramai kan!

Hmm.. Jaga -jaga, nanti tiba waktu perintah berkurung selesai, ada yang sambung berkurung dan menangis di bucu katil kerana pakaian dah tak muat lagi.

Raya dah makin hampir, body shape persis supermodel sudah ke lautan biru.

Faham, kadang-kadang jika kita kebosanan, mulut tu asyik mahu ‘munch’ saja.

Jom, kami kongsikan snek ringkas dan paling penting berkhasiat untuk kudapanmu!

1. Kismis

Bagus untuk pertumbuhan tulang dan perkembangan otak.

2. Tomato & Minyak Zaiton

Baik untuk kulit dan menyerap kolestrol.

3. Buah – buahan segar

Rendah kalori, serat & bernutrisi tinggi.

4. Sayur – sayuran / Salad

Berserat tinggi dan kenyang lebih lama.

5. Rumput Laut Panggang

Sesuai untuk pecinta kerepek / crackers.

6. Dark Chocolate

Mengandungi theobromine yang dapat mengembalikan tenaga, melancarkan sistem pencernaan dan memperbaiki sistem otak. Yummy!

7. Yoghurt

Baik untuk penghadaman dan mencuci usus. Sedap dinikmati bersama buah – buahan.

8. Prune Kering

Memberi rasa kenyang dan berkhasiat.

9. Kurma

Sumber manis asli yang enak dan memberi tenaga.

10. Kacang Almond

Protein, lemak sihat tidak tepi, serat, kalsium, magnesium, kalumium, zink, selenium, biotin, riboflavin, niacin, zat besi, vitamin E, tocopherol. Apa lagi? 14 biji = 100 kalori. Mudah & sedap.

11. Oatmeal

Menyerap kolestrol dan mengenyangkan.

12. Keju

Bagus untuk pertumbuhan gigi dan tulang.

13. Whole grain protein bars

Protein diketahui perlu untuk tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak, penuaan yang sihat dan juga kecantikan.

Jadi, sementara menunggu waktu makan utama, bolehlah mengudap snek berkhasiat ini ya!

Yang pasti ia tidak menggemukkan dan penuh nutrisi buat tubuh badan💪🏻

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply