Kami kongsi manfaat proses “exfoliation” pada kulit wajah

0

Apa itu proses exfoliation pada kulit wajah?

Exfoliation atau pengelupasan ini adalah proses membuang atau menyinakirkan sel kulit mati pada lapisan paling atas kulit.

Disarankan melakukan proses ini 2 atau 3 kali seminggu sahaja.

Apa faedah melakukan proses ini?

Dengan membuang lapisan kulit mati ini, ia dapat mencerahkan kulit dan membantu produk skincare menyerap sehingga ke dalam kulit wajah.

Selain itu, ia dapat meminimumkan liang pori, memudarkan bintik-bintik penuaan dan parut.

Apakah jenis exfoliation yang harus digunakan?

Terdapat dua jenis exfoliation iaitu chemical (kimia) dan physical (fizikal).

Chemical produk berasaskan air atau cecair yang mengandungi bahan Alpha-Hydroxy Acid (AHA), Beta Hydroxy Acid (BHA) dan yang terbaru ialah Polyhydroxy Acid (PHA) pada label.

Kebiasaannya bahan tersebut terdapat didalam skincare seperti toner.

Pengelupasan jenis ini disyorkan untuk orang kulit berminyak yang mudah terdedah kepada jerawat, blackhead, parut dan kulit kusam, manakala PHA pula serasi dengan kulit yang kering dan gatal seperti ekzema.

Physical sejenis skrub yang mempunyai biji-biji yang agak kasar seperti Apricot Scrub, Simple Smoothing Facial Scrub dan banyak lagi.

Terdapat banyak pilihan fizikal skrub di jual di farmasi dan drugstore jadi pilihlah bergantung pada tahap sensitiviti kulit anda.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply