Kami kongsi enam tip memilih warna pemerah pipi mengikut warna kulit wajah

0

Pemilihan warna pemerah pipi perlu disesuaikan dengan warna kulit anda.

Jangan silap pilih ya, kerana dikhuatiri wajah akan kelihatan lebam dan tampak makin tembam.

Jom kami kongsi tip mudah memilih warna pemerah pipi atau blusher mengikut tona kulit anda.

1. Pilih warna lembut semasa siang & lebih terang sewaktu malam.

2. Terdapat dua jenis blusher iaitu jenis tanam dan sapuan biasa. Untuk tatarias harian, memadailah sapuan biasa saja.

3. Bagi anda yang memiliki kulit putih / cerah, warna blusher yang sesuai adalah merah jambu lembut, merah jambu terang dan coklat lembut.

4. Bagi wajah berkulit kuning langsat, gunakan warna merah jambu, jingga, jingga coklat dan coklat terang.

5. Bagi yang memiliki kulit sawo matang, anda lebih sesuai dengan warna bronze, merah gelap, jingga gelap / coklat muda.

6. Si hitam manis pula sesuai dengan warna peach, apricot, merah gelap, coral dan jingga gelap.

Semoga bermanfaat ya! ❤

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply