Kami kongsi 9 gaya komunikasi, anda gaya yang mana satu ya?

0

Komunikasi dalam bahasa mudahnya merupakan satu perbualan atau interaksi seseorang kepada orang lain bagi menyampaikan sesuatu maklumat, perasaan, idea atau fikiran.

Komunikasi terdiri daripada pelbagai gaya serta cara dan setiap orang juga mempunyai gaya komunikasi yang berbeza ketika berinteraksi.

Terdapat beberapa aspek dalam gaya komunikasi antaranya :

1) Dominan

Individu ini cenderung ingin menguasai perbualan ketika berinteraksi dan biasanya fokus perbualan akan tertumpu pada individu berkenaan. Gaya komunikasi seperti ini banyak menggunakan ‘eye contact’.

2) Dramatic

Di dalam komunikasi mereka bercakap dengan menggunakan pergerakan tangan sekali.

3) Animasi

Suka menggunakan reaksi muka ketika bercakap seperti kontak mata, gerakan badan serta ekpresi wajah.

4) Terbuka

komunikasi yang bersikap terbuka dan tidak ada rahsia sehingga muncul rasa percaya diri dan terbentuk komunikasi dua arah. Mempunyai pendapat tersendiri.

5) Berdebat

Lebih kurang gaya dominan cuma caranya lebih agresif ketika bercakap sehingga membuatkan orang lain (pendengar) merasa tidak selesa.

6) Tenang

Cara percakapan yang sentiasa tenang walaupun seseorang itu sedang sedih, marah atau gugup.

Individu seperti ini mampu mengawal emosi dan bersikap positif ketika berbicara.

7) Mengambil perhatian

Kebiasannya tertumpu kepada golongan pendengar. Individu seperti ini boleh menjadi pendengar yang baik oleh kerana sikapnya yang suka mengambil perhatian, diam dan fokus ketika bercakap.

8) Meninggalkan kesan atau tanggapan

Cara komunikasi yang memberi kesan kepada pendengar sehingga membuatkan seseorang itu teringat kembali cara atau gaya perbualan tersebut.

9) Peramah

Bersikap ramah dan sopan ketika sedang menyampaikan sesuatu maklumat.

Cara interaksinya sangat menyenangkan hati para pendengar dan sentiasa mempunyai banyak topik ketika berkomunikasi.

9 Gaya Komunikasi

Speaker ni gaya yang mana eh?https://mlstudios.my

Posted by ML Studios on Wednesday, 24 June 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply