Kami bukan anjing! Luahan seorang doktor akhlak kluster “kayangan” ketika lakukan saringan

0

Disaat negara berdepan krisis jangkitan COVID-19, para petugas barisan hadapan (frontliners) merupakan antara individu terpenting dalam negara.

Dengan usaha dan kesanggupan mereka bekerja siang dan malam tanpa henti, malah sanggup merisikokan diri serta mempertaruhkan nyawa demi menjaga kesihatan juga nyawa orang ramai yang dijangkiti virus COVID-19, mereka turut berperanan besar mengekang sekaligus memutuskan rantaian wabak pandemik ini.

Menyedihkan, apabila masih ada segelintir manusia yang tidak berperikemanusiaan dan mementingkan diri sendiri malah memperlekehkan tugasan para frontliners.

“Kami Bukan Anjing” demikian permulaan kata dari Dr. Sakinah Sulong melalui perkongsian di laman Facebook milik beliau.

Jika tiada angin masakan pokok bergoyang!
Pasti ada sebab kukuh mengapa seorang doktor perubatan sanggup berkata sedemikian, bukan?

Memetik dari perkongsian Dr Sakinah, berkongsi pengalaman menjadi petugas mengambil sampel untuk COVID-19, kadang kala hati beliau tersentuh kerana manusia tidak kira apa warna kulitnya, datang dengan keupayaan yang sama meskipun berbeza taraf dan umur.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10158295962717417&id=818242416

“Tapi yang jadi buat ralat ialah kami menyaksikan ada manusia yang sangat sombong. Masa kami ambik sampel jemaah tabligh, rata-ratanya mudah bagi kerjasama. Datang awal kalau diminta datang untuk pensampelan. Jarang yang buat masalah. Jarang yang nak bergaduh dengan petugas,” ujar beliau.

Namun apabila tiba pada giliran “golongan yang baru turun dari kayangan ni (yang baru pulang dari luar negara)”, para petugas kesihatan terpaksa menghadapi pelbagai jenis kerenah.

Ada yang tidak mahu dikuarantin, memarahi para petugas, malah bersikap biadap dengan memanggil para petugas dengan nama ANJING dan PENCACAI NAJIS!

Amboi, biadap sungguh bahasa anda ya!

Sekarang ini para petugas kesihatan menggembeling tenaga di hospital hanya kerana mahu menyelamatkan NYAWA ANDA!

Golongan baru turun dari kayangan ini 💁🏼‍♀️🙄sepatutnya lebih peka dengan isu semasa dunia, saya ulangi sekali lagi, isu semasa DUNIA!

Pihak kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah berkali-kali memaklumkan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan setiap individu yang pulang melancong dari luar negara harus melalui proses saringan serta akan dikuarantin selama 14 hari tidak kira sama ada mempunyai simptom COVID-19 atau tidak!

Ini adalah kerana bagi memastikan anda selamat dan anda tidak membawa pulang virus yang kini berjangkit di serata dunia!

Menurut Dr Sakinah, mereka di barisan hadapan sanggup bekerja keras demi mengekang penularan COVID-19, malah mereka tidak minta untuk dihampar karpet merah pun.

Di sebalik pengorbanan besar ini, mereka tetap menerima hinaan hanya kerana melunaskan tanggungjawab dan tugasan sehingga ada petugas yang terpaksa berundur kerana tidak mampu bersuara.

Bimbang timbul pula kekasaran dek kerana dimaki sedemikian rupa!

Kepada golongan yang keras kepala dan berlagak sombong itu, anda pasti ke anda tidak membawa pulang sebarang virus ke dalam negara???

Di sebalik keperitan yang dihadapi, Dr Sakinah sempat menyelitkan khabar gembira kerana mereka menerima hidangan KFC pemberian daripada salah seorang jemaah tabligh yang telah melakukan ujian swab dengan mereka dan menyatakan penghargaan buat mereka yang begitu memahami tugasan pekerja kesihatan.

“Inilah indahnya akhlak mereka, jauh benar nak dibuat perbandingan,” katanya.

Kepada individu-individu yang menghina serta mempelekehkan tugasan murni “frontliners” ini, sila belajar menghormati serta menghargai pengorbanan orang lain.

Dapat check-up secara percuma, diberi rawatan terbaik sekiranya positif, kuarantin di tempat selesa, makan minum pun free, keselamatan dijaga sebaik mungkin, masih lagi mahu menghina dan mengeluh???

Jika anda seorang yang kaya-raya, “frontliners” mintak beras dengan anda ke untuk makan?

Tidak ada siapa peduli pun sekiranya anda mempunyai kedudukan yang tinggi dan memiliki duit berkoyan-koyan sekalipun!

Sejenis manusia tidak bersyukur ada dimana-mana!

Dekat zoo masih banyak tempat kosong rasanya🤔

–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply