“Kami akan bertanggungjawab dan beri kerjasama sepenuhnya”, Michael Ang jawab isu kerosakan Gua Matsoorat

0

Berhubung kerosakan bahagian dalaman Gua Matsoorat berhampiran Gunung Lang yang dilakukan oleh krew sebuah produksi drama, pengarah merangkap penerbit, Michael Ang tampil memberi penjelasan.

Menerusi platform media sosial Instagram peribadinya, Michael menzahirkan rasa kesal atas insiden yang berlaku.

 

“Pihak kami masih menjalankan siasatan krew yang bertanggungjawab di atas kerosakan dan kemusnahan yang berlaku.

“Begitu juga kepada sesiapa yang membuat contengan dan merosakkan dinding gua.

“Kami akan bertanggungjawab sepenuhnya dan memberi bekerjasama kepada pihak Majlis Pembandaran Ipoh.

“Mereka yang terlibat akan menerima hukuman,” jelas Michael panjang lebar.

Michael bagaimanapun menjelaskan bahawa pihak produksi telah mendapatan kelulusan daripada Majlis Perbandaran Ipoh untuk menjalankan pengambaran di lokasi terbabit.

Terdahulu, bekas Pegawai Media Menteri Besar Perak, Megat Mohd Shahrin mendakwa pihak produksi tidak membuat permohonan untuk melakukan penggambaran di kawasan gua berkenaan dan dia menyifatkan tindakan ini sangat tidak profesional.

Dalam satu perkongsian di laman Facebooknya, dia berkata pihak produksi terbabit datang tanpa diundang dan pergi dengan pelbagai kerosakan.

“Sekiranya mereka berfikir yang mereka boleh berdiam diri dan menyangka kami akan melupakannya, mereka tak tahu dengan siapa yang mereka hadap. Mereka datang tanpa diundang dan bila pergi, ini yang ditinggalkan.

“Bertanggungjawab untuk memperbaiki kerosakan yang dilakukan oleh pasukan anda,” ujarnya.

Pihaknya mendakwa khazanah bersejarah berusia jutaan tahun telah dirosakkan antaranya fosil gigi mamalia pecah, lumpur di seluruh tempat, lilin dan jelaga pada dinding gua dengan bau minyak tanah kerana pembakaran secara terbuka serta contengan grafiti dengan nama drama bersiri berkenaan.

Begitu juga sampah yang ditinggalkan seperti tisu yang digunakan untuk solekan, lilin, topeng, dan lain-lain selain bekas lubang yang digali pada lantai gua.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply