Kamal Adli buat kejutan lamar Uqasha Senrose secara langsung pada program AME 2020

0

Pelakon Kamal Adli membuat kejutan melamar kekasih hatinya Uqasha Senrose menjadi isteri pada program Anugerah Meletop Era 2020 (AME 2020).

Program berkenaan bersiaran secara langsung secara norma baharu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Usai menyampaikan anugerah, dengan romantik Kamal Adli melutut dan bertanya, “Uqasha Senrose, sudikah kalau awak menjadi isteri saya?”

Lamaran Kamal Adli diterima Uqasha dengan menjawab, “ya.”

Nampaknya peminat ‘lovebirds’ kesayangan ramai ini boleh menarik nafas lega apabila cinta yang berputik bermula selepas digandingkan dalam satu drama arahan Michael Ang berjudul, Setelah Terlafaznya Akad akhirnya bakal ke gerbang perkahwinan.

Tahniah Kamal Adli dan Uqasha!
Semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply