Kali pertama buat rawatan bekam, perkongsian The Rock raih komen dari peminat beragama Islam

0

Pelakon terkenal Hollywood, Dwayne Johnson atau lebih dikenali dengan gelaran ‘The Rock’ berkongsi foto melakukan rawatan bekam yang nyata menarik perhatian jutaan peminat di laman Instagram peribadinya.

Berkongsi gambar ‘mirror selfie’ usai melakukan rawatan terbabit, kelihatan jelas bahagian belakang aktor berbadan sasa ini dipenuhi kesan tompokan merah hasil daripada rawatan alternatif ini.

“Pertama kali melakukan rawatan bekam rasanya lebih gementar tetapi saya menikmati dengan terapi ini.

Saya sentiasa mencari teknik baharu untuk memastikan badan dinosaur berusia 250 juta tahun ini seimbang dan optimum dan bukan sahaja untuk kecederaan masa lalu tetapi demi keluarga, kerja, latihan, kehidupan seharian saya.

Ini semua memerlukan bayaran, jadi bersikap proaktif adalah penting.

Kita hanya memiliki satu badan, jadi kita mesti menjaganya,” tulisnya.

Menariknya, perkongsian terbabit turut mendapat komen dari peminatnya yang beragama Islam yang menyatakan rawatan berbekam adalah amalan sunnah Rasulullah SAW dan sahabat baginda.

Rawatan berbekam dipercayai mampu membuang darah kotor atau bertoksik daripada permukaan kulit, melancarkan peredaran darah dan membuang angin.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply