Kalau begini pantas dan cekap bekerja, wajar tauke kedai bagi gaji lebih!

0

Antara ciri-ciri kejayaan perusahaan makanan bergantung kepada keenakan, kebersihan, lokasi strategik, harga dan layanan petugas ke atas pelanggan.

Layanan pekerja terhadap pelanggan bukan sahaja mengambilkira cara layanan dan kemesraan mereka, malah perkhidmatan yang cepat dan cekap sangat penting.

Setiap meja perlulah bersih dan bersedia untuk penerima kedatangan pelanggan baru.

Begitu juga tempoh penghantaran makanan yang ditempah perlulah dihantar pada kadar segera. Barulah, pelanggan tidak tertunggu-tunggu dalam kelaparan.

Malah kekemasan diri juga diamalkan supaya kelihatan kemas dan bersih. Barulah pelanggan seronok menjamu selera di situ.

Viral di laman media sosial perkongsian video seorang pekerja di sebuah premis makanan membersihkan meja dengan cepat dan cekap!

Skill yang memperlihatkan betapa efisyennya pekerja ini.

Lihatlah betapa pantas dan banyak pinggan tersusun dan gelas yang diangkat pada satu masa sahaja!

Kalau beginilah caranya, perlu diberi gaji lebih nampaknya atau jangan lupa beri bonus ye bos! 💪🏻👍🏻

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply