Kak Girl umum sudah berpisah dengan suami, tiada lagi video parodi lip-sync bersama lelaki berhati keras di dalam kereta

0

Bila sebut sahaja nama Kak Girl pastinya warganet akan terbayangkan aksi lip-sync seorang wanita di dalam kereta disamping seorang lelaki yang tidak memberi sebarang reaksi atau tidak berjiwa meskipun wanita itu berusaha sedaya upaya menjiwai lagu yang dimainkan.

Sudah tentu warganet tidak lupa akan sebuah video lip-sync Kak Girl bersama suami di dalam kereta dan memilih untuk memparodikan lagu Bole Chudiyan dari filem Kabhie Kushi Khabie Gham lakonan aktor Bollywood, Shah Rukh Khan.

Video berdurasi seminit itu telah dikongsi di Twitter oleh Asad Shan yang telah menarik perhatian aktor Shah Rukh Khan dan memberikan komen “Wow!! And the gentleman is so underplayed!!!”.

Terkini, Kak girl telah memuatnaik satu entri di laman Instagramnya dan telah mengesahkan sudah pun bercerai dengan suaminya iaitu lelaki di dalam video lip-syncnya.

https://www.instagram.com/p/B36L7t6lCP4/?igshid=jy1z4q2fqljb

“Assalamualaikum. Biar saya terangkan dan beritahu lebih jelas dari pihak saya. Ya, betul.  Saya dan suami dah berpisah. Masih ada yang call,DM dan whatsapp, maaf ada yang saya tak sempat nak balas satu2. Cukuplah sekadar saya berkongsi yang kami dah tak bersama dan asbab2 nya biarlah saya dan bekas suami simpan. Perpisahan saya takde kena mengena dengan kerjaya saya. ada yg ckp sy dah popular,buat hal. popular celah mana?? takde kena mengena langsung. kami mmg ada mslah kami sendiri sebelum org kenal siapa tu KAK GIRL. ada yg cakp sbb sy terkinja2 buat video lipsync Bollywood tu sebenarnya suami tak redha. Allah.. jgn nak buat fitnah ya. sy ada baca kat komen2 sesetgah page n blog. sy harap hentikanlah spekulasi dan fitnah yg lgsung takde kena mngena dengan perpisahan kami. .”

“Apa yang berlaku sudahpun tertulis. saya redha. sy berterima ksih sgt kat mama ayah,adik2 saya,saudara n sahabat rapat yg faham dan selalu ada utk saya. Yang keep support saya dan kerjaya saya juga, serta doakan yg baik utk saya,terima kasih banyak2. Hanya Allah mmpu membalasnya. . saya dan bekas suami in shaa Allah takde masalah membenci antara satu smaa lain, saya dan dia juga berpisah cara baik atas persetujuan 2 belah pihak. saya takde msalah nak berkomunikasi sbgai sahabat di masa akan datang. saya akan doakan yg terbaik utk bekas suami .” tulis Kakgirl bersama gambar beliau disamping bekas suaminya.

Kak Girl juga sudah memadam sebahagian dari gambar dan video parodi bersama bekas suaminya di laman Instagram.

Di ruangan komen, rata-rata ramai yang memberikan kata-kata semangat buat Kak Girl dan bersimpati atas berita berkenaan.

“Keep strong Kak Girl. . Jodoh pertemuan ajal maut semua ditangan Tuhan. . Siapa kita untuk menidakkannya. . Always support Kak Girl ????????????” -izahni_ahmad

“Keep strong Kakgirl.. Patah tumbuh hilang berganti.. Janji Allah pasti, bahagia ada dihujungnya..” -mama.hanan

“Semoga dipermudahkan urusanmu kak.. Yang baik xsemestinya baik, yang tidak baik xsemestinya tidak baik.. Allah Maha Mengetahui segala takdir untuk umatnya.. Luv u ????” -acuisdeboom

Leave a Reply