Kagum dan bangga dengan semangat juang warga PDRM, MB Peja turun padang tinjau sekatan jalan raya ‘Ops COVID-19’

0

Semalam kita telah mendengar perutusan khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainudin sempena sambutan Hari Polis ke-213.

Dalam perutusan berkenaan Perdana Menteri menzahirkan penghargaan tertinggi buat Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di atas khidmat dan pengorbanan yang tiada tolok bandingnya bagi memastikan negara sentiasa aman dan sejahtera.

Tiada ucap selain, Terima Kasih PDRM!

Tan Sri Muhyiddin Yassin berterima kasih dan berbangga dengan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sedia mencurah bakti dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin.

Menurut beliau, pengorbanan pasukan keselamatan negara itu dapat dilihat terutamanya dalam situasi negara yang kini dilanda wabak COVID-19 dan PDRM telah memastikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilanjutkan sehingga 14 April dapat dilaksanakan dengan baik serta lancar.

Disaat negara diuji dengan wabak berpenyakit yang mengundang maut, anggota keselamatan dikerah secara maksimum bagi menjayakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bertujuan memutuskan rantaian COVID-19.

Sedia maklum dan faham akan tanggungjawab besar yang diamanahkan ke atas anggota PDRM, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu turun padang mengunjungi beberapa kawasan sekatan jalan raya melalui ‘Ops COVID-19’ sekaligus merasai keadaan serta situasi sebenar tugasan “frontliner” ini.

Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu meluahkan rasa bangga dan kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh semua anggota polis terutama ketika negara dihimpit perit dengan wabak pandemik COVID-19 yang memerlukan kerjasama semua pihak secara keseluruhannya.

“Kita dalam peperangan sekarang ini iaitu peperangan memerangi wabak COVID-19.

“Pada Hari Polis yang ke-213, saya mengambil peluang untuk melawat beberapa kawasan roadblock yang main by our taskforce untuk menyatakan penghargaan dan jutaan terima kasih daripada saya yang mewakili seluruh rakyat dan Kerajaan Negeri Perak kepada semua anggota polis yang berkerja tak kira siang malam dan hujan panas.

“Saya harap berkat semangat yang telah ditunjukkan oleh semua anggota polis kita, rayuan daripada semua anggota polis dan para penjawat di hospital hanyalah kepada semua rakyat supaya mengambil nasihat untuk terus berada di rumah dan tidak keluar jika tidak ada keperluan, ujar beliau.

Selamat Hari Polis ke-213, Dato’ Seri Ahmad Faizal mengambil teladan dan mahu masyarakat mencontohi semangat kerja anggota keselamatan yang setia serta cekal menjalani tugas walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Amat sinonim dengan pengekalan tema ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’, jasa PDRM kepada warga Malaysia amat dihargai.

Kekuatan terbesar seorang anggota polis bukanlah dari pangkat atau seragam yang dipakainya tetapi dari tanggungjawab dan kebesaran hati dalam melaksanakan setiap tugasan.

Bertarung membasmi kejahatan dan jenayah di kalangan masyarakat adalah tugas utama mereka, namun menjaga kedamaian internal adalah toleransi bersama.

Terima Kasih PDRM!

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply