Kadang-kadang Tuanku Raja Permaisuri Agong terlupa nak rasis – Cikgu Teo Wei Sing

0

Oleh : Cikgu Teo Wei Sing

Ketika anda bertindak mengecam dan menghina KDYMM Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj sebagai rasis, apakah anda memikirkan garis ukurnya di mana? Apakah anda waras dan rasional mengetahui definisi dan konsepnya?

Tunku Azizah rasis.
Tunku Azizah Fertility Foundation yang diilhamkan baginda *hanya membantu semua kaum sahaja* untuk menyambung zuriat setelah sekian lama berkahwin dan hampir putus harapan.

Tunku Azizah amat rasis.
Akademi Menara Gading (AMG) tajaan Yayasan Istana Abdulaziz *hanya menaja* kecemerlangan pendidikan untuk *pelajar pelbagai kaum* di Pahang, Malaysia, bukan di luar negara.

Tunku Azizah sangat rasis.
*Guru tuisyen* Bahasa Melayu paduka anakanda *berbangsa Cina*.

Tunku Azizah rasis sangat.
Baginda setiap tahun mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina dalam *bahasa Kantonis* kepada rakan-rakannya.

Rasisnya Tunku Azizah.
Baginda mengucap selamat sempena *Krismas* kepada seluruh *warga Kristian* di Malaysia

Tunku Azizah cukup rasis.
Baginda menyingsing lengan memasakkan *mangsa banjir pelbagai kaum* lauk-pauk yang enak. Santapan istana kepada rakyat jelata.

Masih dikira rasis.
Tuanku berdua mencemar duli menghulurkan bantuan kepada *rakyat pelbagai kaum* sekiranya disembah maklum tentang kemalangan dan bencana.

Rasis dua kali rasis.
Pernah Tuanku secara buta-buta *menyokong seorang fakir Cina* untuk menyertai Anugerah Integrasi Nasional.

Rasis punya rasis.
Tuanku memang rasis
Berkenan mencemar duli *mengurniakan* Anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada *tokoh NGO berbangsa Cina*, Tan Sri Lee Lam Thye.

Terlupa pula saya nak jelaskan apa itu rasis untuk Tuanku?

*R* aja Permaisuri Agong
*A* dalah
*S* eorang
*I* nsan
*S* olehah.

*Teo Wei Sing adalah seorang guru di sebuah sekolah di Pantai Timur.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili The Malaya Post.

*Subcribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply