Kabinet baharu : ‘Inilah sahaja pilihan yang ada’ – Ku Li

0

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau tidak dapat nak duga  barisan kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ini kerana Datuk Seri Ismail Sabri tidak mempunyai pilihan lain kerana ini sahajalah pilihan ahli parlimen yang berkenaan.

Katanya sudah tentu UMNO kecewa dengan barisan kabinet terbaru ini.

Tambah Tengku Razaleigh, beliau berharap barisan kabinet dibayar gaji sekurang-kurang separuh daripada jumlah yang dibayar kepada mereka di bawah Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Ramai orang bertanya apakah reaksi saya kepada kabinet yang baru diumumkan. Saya telah memberikan ulasan bahawa tak dapat nak duga selain daripada mereka yang dipilih kerana inilah sahaja pilihan yang ada. Sudah tentu UMNO kecewa dengan barisan kabinet terbaru ini. Mari kita berdoa agar gaji mereka ini dibayar sekurang-kurang separuh daripada jumlah yang dibayar kepada mereka di bawah Muhyiddin”, katanya kepada The Malaya Post sebentar tadi.

Seramai 31 menteri termasuk empat menteri kanan dan 38 timbalan menteri menjadi tulang belang kepada Kabinet baharu diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Barisan ‘Kabinet berorientasikan Hasil’ ini mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Menteri Kanan yang dilantik semula adalah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang memegang portfolio Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai Menteri Kerja Raya dan Datuk Dr Radzi Jidin sebagai Menteri Pendidikan.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula yang sebelum ini memegang Menteri Kanan Luar Negeri bertukar portfolio sebagai Menteri Kanan Pertahanan.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply