Jutawan Olivier Dassault tinggalkan aset AS$ 7.15 bilion

0

Jutawan terkenal Perancis, Olivier Dassault terbunuh dalam nahas helikopter dan Presiden Emmanuel Macron turut memberi penghormatan kepada ahli politik dari Parti Konservatif Les Republicains berusia 69 tahun itu Ahad lalu.

Dilaporkan, pesawat persendiriannya terhempas di Normandy pada waktu petang yang turut mengorbankan juruterbangnya.

”Olivier Dassault sangat menyayangi Perancis. Kapten industri, penggubal undang-undang, pegawai terpilih tempatan, komandan cadangan dalam angkatan udara: selama hidupnya, dia tidak pernah berhenti berkhidmat untuk negara.

”Kematiannya secara tiba-tiba adalah satu kehilangan besar. Takziah kepada keluarganya,” kata Emmanuel Macron menerusi Twitter.

Sebagai Anggota Parlimen untuk Parti Konservatif Les Republicains sejak tahun 2002, Olivier dianggap sebagai lelaki terkaya ke-361 di dunia bersama dua beradiknya, dengan kekayaan sekitar 6 bilion euro (AS$ 7.15 bilion) yang kebanyakannya diwarisi dari ayahnya, menurut Forbes 2020.

Dassault adalah anak sulung kepada jutawan Perancis, Serge Dassault.

Dia mengundurkan diri dari dewan untuk mengelakkan konflik kepentingan. – K! ONLINE

Leave a Reply