JUSA buat pengurangan ITK sebagai sumbangan untuk Tabung COVID-19

0

Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan Tertinggi turut peka terhadap situasi semasa negara.

Justeru itu satu mesyuarat bersama Ketua-Ketua Setiausaha dan Ketua Perkhidmatan dan bersetuju menyumbang untuk Tabung COVID-19 melalui pengurangan Imbuhan Tetap Keraian (ITK) kepada Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA).

Pengumuman sumbangan untuk tabung COVID-19 daripada Kumpulan Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam itu dibuat oleh Dato’ Seri Mohd Zuki Ali selaku Ketua Setiausaha Negara.

Menurut beliau, kadar pengurangan ITK bagi Gred Utama/Khas B dan C adalah sebanyak 5 peratus serta 10 peratus bagi Gred Utama/Gred Khas A dan ke atas.

“Pengurangan ITK ini dikecualikan kepada pegawai petugas barisan hadapan yang menerima elaun khas dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat. Segala penjimatan daripada pengurangan ITK akan disalurkan ke dalam Tabung COVID-19,” ujar beliau.

Inisiatif ini dilaksanakan atas rasa tanggungjawab para penjawat awam dan sebagai tanda sokongan kepada negara dalam menangani penularan wabak COVID-19.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply