Jurujual syarikat menjual kenderaan mewah jadi orang tengah seorang Dato’, ajak Baby Shima jumpa secara ‘personal’

0

Penyanyi lagu Pura-pura bujang, Baby Shima memuatnaik status berkenaan profesionalisme dan etika sebuah syarikat di ibu kota.

Menurut Baby Shima, dia telah mengunjungi sebuah syarikat menjual kenderaan mewah.

Setelah melihat kereta idamannya, dia memberikan kesemua dokumen yang diperlukan.

View this post on Instagram

Nak berniaga buat cara berniaga ! ..Saya tak nak buruk sangka ! Korang fikirlah sendiri ya.. Nak di jadikan cerita ,kemarin shima datang showroom kereta..tengoklah kereta..kemudian dokumen dah bagi semua,,so hari ni sales person call nak ajak jumpa konon nak offer jadi duta! so kita pun jumpalah lepas promo! masa meeting kat A&W discus cantik je !! lalu masa manager shima pergi toilet ,tinggallah shima berdua sahaja, boleh pula wakil syarikat ni cakap, minta shima datang seorang diri saja, nak deal direct dengan shima je konon sama dato.. padahal waktu mula2 meting sama manager cakap lain..now cakap lain pula! nak jumpa personal! direct shima sahaja.. korang rasa apa? (depan manager shima tak pula berani nk cakap mcm tu ajak jumpa personal) maaf sy bukan perempuan murahan ya..itu bukan cara kerja sebenarnya! mana profesionallisma korang? mcm ni ke cara kerja company besar? Banyak lagi Audi R8 dan mustang kat Kl ni! dari minat nak beli jadi menyampah!! Kau nak jual kereta atau nak jadi orang tengah! #babyshima #byma #adanampakmummyhappy #lembutbukansenangkenapijak

A post shared by BABY SHIMA DAA3 BIGSTAGE (@babyshimaofficial) on

Sehari kemudian, seorang jurujual telah menghubunginya dan memberitahu dia ditawarkan menjadi duta syarikat berkenaan.

“Masa meeting kat A&W discus cantik je !! lalu masa manager shima pergi toilet ,tinggallah shima berdua sahaja, boleh pula wakil syarikat ni cakap, minta shima datang seorang diri saja, nak deal dengan shima je konon sama dato.. padahal waktu mula2 meting sama manager cakap lain..now cakap lain pula! nak jumpa personal! direct shima sahaja.. korang rasa apa?” tulisnya.

Tambahnya lagi, ketika bersama pengurusnya, wakil syarikat berkenaan tidak berani untuk mengajaknya berjumpa secara bersendirian.

Namun lain pula ceritanya sebaik pengurusnya ke tandas.

“Maaf sy bukan perempuan murahan ya..itu bukan cara kerja sebenarnya! mana profesionallisma korang? mcm ni ke cara kerja company besar? Banyak lagi Audi R8 dan mustang kat Kl ni! dari minat nak beli jadi menyampah!! Kau nak jual kereta atau nak jadi orang tengah!” tulis Baby Shima lagi.

Baby Shima juga telah membuat satu hashtag yang bertulis “#lembutbukansenangkenapijak”.

Rata-rata di ruangan komen, ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan syarikat berkenaan yang seolah-olah bersikap serampang dua mata dan meminta Baby Shima supaya lebih berhati- hati di kemudian hari.

Leave a Reply