Jumlah kes harian dunia menurun

0

Terkini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan kes COVID-19 dunia pada masa kini dianggarkan kira-kira 21 juta kes.

Jumlah kes harian dunia menunjukkan penurunan kepada 261,000 kes berbanding sebelumnya 285,000 kes.

Jumlah kes  harian bagi negara India menurun kepada 64,000 kes, manakala negara Brazil dan Amerika Syarikat masing-masing meningkat kepada 59,000 kes dan 55,000 kes.

Kadar kematian dunia pada masa kini kekal kepada 3.59% atau 757,000 kes dan kadar kesembuhan pula meningkat 65.17% atau 13.7 juta kes.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply