Jugah Anak Muyang, Ali Biju ikrar sokong Tan Sri Muhyiddin Yassin

0

Memetik perkongsian dari laman Facebook Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI), Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, beliau menerima kunjungan Ahli Parlimen Lubuk Antu, YB Tambat @ Jugah Muyang dan juga mantan Naib Presiden KEADILAN, YB Ali Biju.

Ke dua pemimpin Iban ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya hari ini.

Pada pertemuan tersebut, Tambat@Jugah menyerahkan aku janji menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui oleh Muhyiddin.

“Saya menyambut baik tekad politik beliau untuk bersama Perikatan Nasional demi kepentingan pembangunan & kemakmuran rakyat Lubuk Antu.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3144182305646094&id=668026816595001

“Sebagai Ahli Parlimen, beliau mengambil keputusan untuk mendukung kepimpinan YAB TS Muhyiddin dan Kerajaan Perikatan Nasional setelah melihat komitmen serta usaha proaktif Kerajaan dalam menangani penularan wabak COVID-19 serta impaknya terhadap ekonomi negara,” ujar beliau.

Beliau menambah, YB Jugah terkesan dengan iltizam kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk menyemak kembali Perjanjian Malaysia 1963 khususnya dalam industri minyak dan gas.

Malah beliau yakin, ikhtiar kerajaan selaras dengan aspirasi rakyat Sarawak khususnya di Lubuk Antu.

Terdahulu, Ahli Parlimen Lubok Antu, Jugah Muyang mengumumkan keluar PKR dan menyatakan sokongan kepada PN dan menyokong penuh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8.

Untuk rekod, YB Ali Biju pula menyertai parti BERSATU bersama-sama 10 bekas ahli parlimen PKR pada 24 Februari lalu.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply