JPJ akan ambil tindakan serius penyalahgunaan kuasa di kalangan pegawai

0

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memandang serius laporan kegiatan rasuah di kalangan pegawai JPJ yang telah disiarkan oleh portal Malaysiakini hari ini.

Susulan siaran laporan itu, JPJ dalam satu kenyataan berkata pihaknya memandang serius seperti yang disiarkan oleh portal berkenaan dan akan membuat laporan kepada pihak berwajib tentang perkara ini.

JPJ juga tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang kegiatan rasuah mahupun penyalahgunaan kuasa sekiranya berlaku di jabatan terbabit.

Malah tindakan tatatertib atau dibuang kerja akan diambil sekiranya terdapat pegawai yang didapati bersalah melakukan jenayah rasuah.

Sementara itu, jabatan berkenaan memerlukan kerjasama semua pihak dalam membanteras jenayah rasuah agar JPJ bebas rasuah selaras dengan aspirasi “Malaysia Bersih“.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply