Jom try 6 tips memilih foundation yang sesuai dengan kulit wajah

0

Pernah tak anda memakai foundation tapi kelihatan gelap dari kulit wajah sebenar? Sesetengah orang tu kita tengok makeup tebal sangat lah over lah. Mesti tertanya-tanya kenapa kan? Jenis kulit dan warna dasar kulit setiap orang berbeza-beza, sebab itu setiap orang memerlukan jenis dan warna foundation yang berbeza.

Masalah ini perlu dikhuatiri, kerana jika anda salah memilih jenis dan warna foundation, warna kulit wajah anda akan nampak tidak rata, parut hitam tidak tertutup sempurna, atau ia akan membuatkan kulit wajah nampak kusam akan naik jerawat!

Oleh itu, kenal terlebih dahulu jenis kulit anda, adakah normal, kering atau berminyak. Kemudian perhatikan warna dasar kulit wajah anda.

Mengetahui jenis kulit dan warna dasar kulit wajah dengan baik akan memudahkan anda untuk memilih foundation yang tepat.

Jom ikuti 5 tips pemilihan foundation mengikut jenis kulit anda!

Jom baca ‘6 Tips Pemilihan Foundation’

1. KENAL JENIS KULIT

Tips pemilihan foundation yang pertama adalah anda perlu kenali jenis kulit anda. Setiap orang memiliki masalah kulit tersendiri.

Ada yang kulitnya kering, berminyak, normal, dan ada juga yang “combination” seperti normal cenderung kering atau normal cenderung berminyak.

Kebiasaannya foundation sudah tersedia khusus untuk jenis kulit anda. Ada foundation yang khas untuk kulit berminyak dan ada foundation yang khas untuk kulit berjerawat.

Hal ini akan lebih memudahkan anda dalam memilih foundation yang paling tepat dan sesuai.

2. PILIH TEKSTUR FOUNDATION

Tips pemilihan foundation seterusnya adalah tekstur foundation.

Tekstur foundation ada yang padat, cair, gel, cream dan powder. Tekstur berbeza, fungsinya pun berbeza juga. Berikut adalah jenis dari fungsi-fungsi foundation tersebut:

Foundation Padat

Sangat sesuai digunakan untuk kulit berminyak.

Foundation Cair

Sesuai untuk kulit kering kerana memberi kesan melembabkan. Tapi, foundation cair juga sesuai untuk kulit normal dan normal cenderung kering ataupun berminyak, kerana formulasinya sangat ringan dibandingkan foundation tekstur lain.

Foundation Gel

Sesuai untuk kulit kering dan normal cenderung kering, kerana teksturnya agak seakan sama dengan foundation cair. Foundation ini sesuai digunakan untuk kulit berjerawat.

Foundation Cream

Bentuknya sama seperti foudation padat, hanya testurnya lebih “creamy” dan lembut. Tetapi ada juga yang bentuknya sama seperti cream.

Tekstur foundation cream ini sesuai untuk segala jenis kulit, hanya kebiasaannya digunakan oleh orang yang telah mengalami tanda-tanda penuaan.

Ia kerana foundation cream sangat bagus untuk  menutupi parut hitam.

Foundation Powder

Agak sama seakan dengan bedak serbuk, kemampuannya “meng-cover” lebih baik daripada bedak serbuk biasa. Tekstur foundation ini sesuai untuk kulit berminyak.

3. KENALI WARNA DASAR KULIT

Langkah pertama tips pemilihan foundation yang sesuai adalah dengan mengetahui warna dasar kulit anda, kerana ia akan mempengaruhi warna foundation yang paling sesuai untuk anda.

Warna dasar tidak ditentukan melalui warna kulit yang terlihat, seperti lebih terang atau lebih gelap, melainkan dikategorikan menjadi tiga dengan warna pembuluh darah sebagai pembandingnya, iaitu: cool, warm, dan neutral.

Warna dasar kulit cool untuk orang yang pembuluh darah berwarna biru. Warna dasar kulit warm untuk orang yang pembuluh darah berwarna hijau. Warna dasar kulit neutral untuk orang yang pembuluh darah yang tidak terlalu berwarna biru mahupun hijau.

Biasanya, jika terdedah sinaran matahari, kulit wajah pemilik warna dasar kulit cool akan terlihat merah muda.

Dan untuk pemilik warna dasar kulit warm, warna kulitnya akan terlihat bronze.

4. PILIH WARNA YANG SEAKAN-AKAN

Setelah mengenali warna dasar kulit anda, adakah cool, neutral, atau warm, langkah tips pemilihan foundation seterusnya adalah dengan memilih foundation dengan warna yang paling seakan dengan warna dasar kulit anda.

Janganlah memilih foundation yang warnanya satu tingkat lebih gelap atau lebih cerah dari warna dasar kulit anda, apalagi jika warnanya jauh lebih gelap atau terang.

Kerana, jika anda memilih foundation yang warnanya jauh dengan warna dasar kulit, ia akan terlihat berbeza dengan bahagian kulit anda yang lain seperti leher dan tangan.

Berdasarkan gambar di atas, jika warna dasar kulit anda cool atau cenderung pucat, maka pilihan warna foundation yang sesuai adalah yang memiliki shade warna pink hingga merah.

Jika warna dasar kulit anda neutral, maka  pilihan warna foundation yang sesuai adalah yang memiliki shade warna coklat natural, pilihan ini sesuai juga untuk kulit sawo matang.

Jika warna dasar kulit anda warm, maka pilihan warna foundation yang sesuai adalah yang memiliki shade warna kuning hingga coklat muda, pilihan ini sesuai juga untuk kulit gelap.

5. APPLY PADA WAJAH

Sering kali jika anda berkunjung ke kedai makeup di mall ataupun di kedai kosmetik lainnya, anda akan diberikan tester foundation pada tangan anda. Hal ini kurang berkesan, kerana warna kulit tangan berbeza dengan warna kulit wajah. Maka dari itu, cubalah foundation langsung pada kulit wajah anda.

First sekali, tips pemilihan foundation adalah tanggal dulu make-up anda di sekitar pipi atau dagu. Setelah itu, sapukan foundation secukupnya pada pipi atau dagu yang telah bersih dari makeup.

Anda juga boleh bertanya kepada shop keeper atau lebih baik lagi bertanya pada beauty advisor di sana jika ada, mereka dapat membantu anda memilih warna foundation yang paling tepat dan sesuai dengan warna dasar kulit anda.

Ramai yang selalu terlepas pandang bab pemakaian primer ni kan? Jangan lupa untuk sapukan primersebelum letakkan foundation. Primer sebenarnya bertindak sebagai ‘secret weapon’ menjadikan solekan kekal atau tahan seharian. Bertindak sebagai melembapkan kulit, menjadikan muka licin, menutup pori dan kedutan serta menyamaratakan tona kulit muka.

6. PASTIKAN FOUNDATION BELUM TAMAT TARIKH LUPUT

Jangan sesekali lupa dengan tarikh luput barangan mekap yang dibeli termasuk foundation.  Untuk mengetahui tarikh luputnya boleh belek label pada botol foundation. Jika menyebut 12M bermakna boleh digunakan untuk 12 bulan sahaja dan kalau 24M maknanya untuk tempoh 2 tahun. Jika sudah luput jangan pakai bimbang ada masalah kulit wajah pula nanti.

* JANGAN LUPA PAKAI FACE PRIMER

Nota penting kepada si cantik manis yang ingin memakai foundation! Jangan lupa apply Face primer terlebih dahulu ye…

Face primer juga ada jenis-jenisnya. Ada yang clear, tinted dan yang berwarna.

Untuk yang berwarna ni sama seperti foundation, kena cari tona yang sesuai dengan warna kulit.

Selain face primer anda juga boleh juga gunakan gel aloe vera atau apa-apa jenis krim muka.

Semoga dengan tips ini dapat memberi sedikit sebanyak panduan untuk para gadis mahupun wanita untuk memilih foundation yang sesuai dengan jenis dan warna kulit semulajadi anda. Haaa… Nanti bila bersolek takde lah wajah nampak bercapuk atau terlebih putih pula!

Selamat mencuba guys…

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

Leave a Reply