Jom terokai destinasi indah di Bandar Musim Bunga Abadi

0

Dalat, Vietnam dikenali sebagai ‘Bandar Musim Bunga Abadi’ merupakan destinasi terkenal dengan keindahan tasik yang cantik, taman bunga, bandar bukit dan hutan yang subur.

Jom terokai tempat menarik yang boleh dijadikan sebagai rujukan untuk lokasi percutian anda!

1) Ho Than Tho

Dikenali Lake of Sights, ia dinamakan sempena beberapa kisah sedih disebalik tasik ini.

Ia merupakan destinasi popular untuk orang Vietnam terutama bagi pasangan anak-anak muda.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah berkayak dan berkayuh bot angsa dan menyewa kereta kuda.

2) Dalat Flowers Garden

Dalat Flower Gardens merangkumi sekitar 7,000 meter persegi dan mempunyai lebih daripada 300 jenis bunga yang dipamerkan.

Antara tanaman yang popular ialah kaktus gergasi, orkid, bunga mawar, mimosa, dan hidrangea.

3) Crazy House

Salah satu tarikan yang paling menarik di Dalat ialah Crazy House atau nama sebenar Hang Nga Guest House dan Galeri Seni.

Ianya dikenali sebagai Crazy House disebabkan oleh reka bentuknya menyerupai pokok dan dibina dengan tema yang berbeza di setiap bilik.

Reka bentuknya yang unik menjadi tarikan buat pelancong untuk bergambar dengan bangunan ini.

4) Valley of Love

Taman yang terletak ditengah-tengah bukit dan dibelakangi tasik merupakan sebuah taman tema yang sering dikunjungi oleh pasangan bercinta di Vietnam.

Antara aktiviti menarik ialah anda boleh berpakaian seperti koboi dan juga menunggang kuda serta menaiki bot berbentuk angsa.

5) Prenn Falls

Air terjun berketinggian 10 meter dan salah satu tempat tarikan premium di Dalat.

Untuk ke air terjun ini anda boleh berjalan kaki di belakang air terjun atau menggunakan kereta kabel.

Jika anda bercadang untuk ke sini, pastikan anda merancang dahulu kerana kawasan ini sangat sibuk terutamanya ketika hujung minggu dan cuti umum.

6) Dalat Market

Bagi yang mencari makanan tempatan yang murah boleh singgah ke Cho Dalat, di sana terdapat lebih daripada 1,000 kedai.

Cho Dalat dan Nguyen Thi Minh Khai Street merupakan dua lokasi terbaik untuk anda membeli belah pada waktu siang.

Selain daripada membeli belah, anda boleh bersarapan makanan menu tempatan di gerai-gerai yang dibuka disini di waktu pagi.

Pada belah malam pula, anda boleh mencuci mata di Dalat Night Market.

7) Bidoup Niu Ba National Park

Taman Negara Bidoup Niu Ba adalah sebahagian daripada kawasan hutan yang tinggi.

Taman ini dipenuhi dengan kebun buluh yang berketinggian sekitar 650 hingga 2,288 meter.

Masyarakat tempatan di sini menyediakan servis membawa pelancong berjalan di sekitar hutan melihat flora dan fauna di kawasan ini.

Selain itu anda boleh mempelajari sejarah dan budaya kaum K’Ho Hill. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply