Jom sertai Bengkel Skrip Dokumentari bersama Zaki Abdul Rahim secara maya

0

Ingin jadikan bidang penulisan skrip sebagai kerjaya anda? Atau mahu menambah pengalaman dan pengetahuan di dalam bidang ini?

Nampaknya inilah masa dan peluang untuk anda menambah ilmu dan pengetahuan secara formal bersama tenaga pengajar profesional dalam bidang penyiaran.

MediaMora Conceptual akan mengadakan Bengkel Skrip Dokumentari secara dalam talian (webinar) selama tiga hari bermula 6 hingga 8 Mac depan.

Dengan menampilkan fasilitator yang berpengalaman lebih 30 tahun sebagai penerbit, pengarah dan penulis skrip pelbagai genre, Zaki Abdul Rahim, peserta akan didedahkan dengan teknik menulis skrip dokumentari yang memerlukan kemahiran menterjemah visual dan daya pengamatan, mengupas isu meliputi aspek gerak kerja seperti pemetaan minda, teknik penyelidikan, struktur cerita, kertas cadangan, olahan persembahan, logging, format teks dan penyampaian suara latar.

Malah, beliau yang juga berkhidmat sebagai pensyarah sambilan dalam bidang penyiaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, juga akan berkongsi ilmu mengikut format penulisan standard penyiaran supaya peserta lebih bersedia sekaligus mahir dengan kaedah penulisan skrip dokumentari mengikut keperluan stesen televisyen.

Menerusi perkongsian Zaki Abdul Rahim yang juga mempunyai sijil tenaga pengajar diiktiraf oleh HRDF Malaysia, beliau berkata ramai yang berpandangan penghasilan skrip dokumentari agak sukar berbanding skrip fiksyen memandangkan kerja penyelidikan perlu lebih strategik dan mendalam.

Katanya, penulisan skrip drama atau filem juga sukar untuk dibangunkan kerana inovatif perwatakan menuntut ketelitian malah perlu menjiwai plot penceritaan.

“Ada yg kata tulih skrip dokumentari lebih payah dari tulih skrip fiksyen sbb gerak kerja penyelidikan kena lebih strategik dan membongkari.

“Ada pulak berdasaqkan pengalaman kata bahawa skrip drama/filem lagi susah nak dibangunkan. Inovatif perwatakannya perlu ketelitian; plot kena menjiwai.

“Ok, jom kita berbengkel ataih talian,” kongsi beliau dalam hantaran di laman Facebooknya.

Atas dasar pandangan yang berbeza, penerbit dokumentari bersiri popular, Jejak Rasul dan Majalah Tiga ini mahu mencurah ilmu dan pengalaman kepada anda yang berminat mendalami penulisan skrip.

Kepada anda yang berminat dan ingin mendaftar, boleh dapatkan info lanjut di talian : 011-15177669 (Cik Eila).

Jom kita tambah ilmu, tingkatkan pengetahuan!

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply