Jom pekena Nasi Vanggey!

0

Sudah cuba sekali, pasti mahu makan lagi.
Apa tidaknya, nasi dan lauk pauknya memang sedap.

Haiii, terasa lapar pulak.Perut pun dah mula berlagu riang ni.

Jom kita lunch di Iqa Corner pekena Nasi Vanggey!!!

Jika anda ke Perak, memang tak sah kalau tidak pekena Nasi Vanggey.

‘Vanggey’ yang membawa maksud ‘mari’ dalam bahasa Tamil, sememangnya popular di kalangan masyarakat disini.

Tidak kita bangsa Melayu, Cina atau India, Nasi Vanggey sememangnya mempunyai kelompok peminat yang ramai.

Kali ini kami mahu melihat sendiri pelbagai hidangan yang pasti menggugat diet dan membangkitkan selera.

Moh kita tengok menu apa yang istimewa di Restoran Iqa Corner, Nasi Wanggey yang berlokasi di Malim Nawar.

Rata-rata pelanggan di Iqa Corner, ramai yang memesan lauk kari kepala ikan.

Penangan kari kepala ikannya pasti akan memanggil-manggil anda untuk menjamu selera di sini berulang kali.

Rasa kari yang begitu asli dan cukup rasa, kepala ikan pula segar, memang tak cukup nasi sepinggan. Tambah pula dengan ayam goreng garing-garing, peria goreng. Cukup puas hati!!!

Bagi mereka yang ingin mencuba kari kepala ikan, anda perlu membuat tempahan terlebih dahulu ya.

Kari kepala ikan di sini akan di masak mengikut tempahan. Anda order, baru masak. Memang panas-panas dari dapur!

Bukan hanya kari kepala ikan menjadi menu utama di restoran ini.

Terdapat juga pelbagai lauk pauk serta menu lazat terhidang di depan mata antaranya, ayam goreng berempah, peria goreng,kari kambing, mee kari, mee sup, mee rebus, laksa, mee kicap, nasi beriyani dan banyak lagi.

Kepada ‘food hunter’ yang ingin mencuba Nasi Vanggey di Restoran Iqa Corner Malim Nawar.

Jangan berfikir lama-lama, ater moh ler ke Perak!

Kenyang! Jom kita balik…

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply