Jom isi masa lapang dengan bercucuk tanam

0

Pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) di negara kita bermula sejak Mac tahun lalu.

Sejak itu, kita mempunyai lebih banyak masa terluang di rumah. Selain dari memperbaiki hubungan dengan Yang Maha Esa dan ahli keluarga, kita juga harus terus menjaga kesihatan diri dan pemakanan harian. Maklumlah, duduk saja di rumah, pasti mulut asyik nak mengudap. Tidak hairanlah berat badan pun bertambah dan lemau dibuatnya.

Usah memandang enteng akan kesihatan diri. Selain bersenam, kita mampu mendapatkan berat badan ideal dan kekal aktif dengan melakukan aktivi berkebun. Menerusi platform Facebook Berkebun D Rumah pelbagai tip dan ilmu berguna bersabit aktiviti bercucuk tanam.

Beruntunglah mereka yang mempunyai tanah kebun dan kawasan bertanah. Tapi buat anda yang tinggal di perumahan teres atau apartment, boleh juga melakukan tanaman dalam pasu. Berbakti kepada tanah tidak akan rugi. Lihatnya hasilnya!

Semoga memberi inspirasi 💪🍋🍌🍆

THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply