Jom derma darah!

0

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu memulakan Program Derma Darah di Klinik Kesihatan (KK).

Program yang bermula 11 hingga 22 Mei melibatkan enam klinik kesihatan secara keseluruhan di seluruh daerah.

Program ini juga mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan berjaya mencecah hampir 85 bag darah diderma setiap hari.

Dan paling membanggakan, direkodkan kira-kira 35% penderma darah adalah dari kalangan wanita.

Memetik perkongsian dari laman Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah berkata program derma darah yang dianjurkan di klinik kesihatan mendapat lebih banyak sambutan berbanding pelaksanaan di masjid.

Program derma darah ini dilaksanakan mengikut peraturan dan SOP yang ketat

Pendaftaran dibuka secara atas talian (online) serta orang ramai yang terlibat dengan program derma darah perlu melalui proses saringan di pintu masuk serta mengamalkan penjarakkan selamat.

Pengambilan suhu dan check list kesihatan turut dijaga dengan teliti oleh pihak pengurusan.

Memetik perkongsian dari laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula, dilaporkan jumlah kutipan darah sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mencapai hanya 60 peratus daripada jumlah sasaran.

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah memulakan Program Derma Darah di Klinik Kesihatan (KK) telah bermula sejak 11…

Dikirim oleh Noor Hisham Abdullah pada Rabu, 20 Mei 2020

Penurunan kutipan darah membimbangkan memandangkan kini lebih banyak perkhidmatan elektif di hospital–hospital KKM telah mula beroperasi termasuk prosedur pembedahan (iaitu penggunaan meningkat daripada purata 9,000 beg darah seminggu kepada 13,076 beg pada minggu PKPB).

Susulan itu, KKM menyeru orang ramai untuk datang menderma darah di Pusat Darah Negara dan Tabung-tabung Darah seluruh negara bagi memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi.

Didapati jumlah kutipan darah sepanjang pelaksanaan PKP adalah hanya 60 peratus daripada jumlah sasaran.Penurunan…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Rabu, 20 Mei 2020

Maklumat lanjut boleh dirujuk melalui laman sesawang Pusat Darah Negara : www.pdn.gov.my, laman Facebook Pusat Darah Negara, laman KKM dan Tabung Darah di setiap negeri.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply