Jom cuba! Tutorial empat gaya memakai shawl dengan mudah, kurang pengunaan jarum

0

Sambutan Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma tidak lama lagi dan buat para wanita yang mengenakan tudung atau hijab pastinya mahu tampil dengan gaya berbeza bukan?

Memetik perkongsian dari laman Youtube Syahirah Waka, gadis cantik ini berkongsi empat gaya memakai shawl yang mudah namun menawan.

Nampaknya keempat-empat stail yang ditunjukkan mengambil masa kurang dari lima minit, jadi tiada lagi alasan tidak sempat bergaya ya!

Tutorial memakai shawl juga mudah dipelajari dan yang paling penting kurang penggunaan jarum dan juga kerongsang yang pastinya memudahkan para ibu yang mempunyai anak kecil.

Walau hanya beraya di rumah dan aktiviti kunjung mengunjungi tidak dibenarkan, gambar raya wajib ada untuk dikongsi di laman media sosial kan???🤪

Jom cantik raya!

#StayAtHome
#StayBeauty

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply