Jom cuba resipi Cookies ala Famous Amous, pasti jadi!

0

Bagi mereka yang punyai masa terluang dan sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat mahupun Diperketatkan, apa kata cuba resipi biskut yang mudah dan enak ini!

Bahan-bahannya pula mudah dan tidak terlalu mahal. Yang penting, hasilnya berbaloi persis cookies berjenama mahal yang dijual di pasaraya.

Bukan setakat baunya yang harum menggamit minat ramai, rasanya sudah tentu lazat dan menyelerakan!

Sambil santai tengok rancangan tv, tak sedar boleh habis sebalang. Jom cuba!

BAHAN A

250g marjerin

1 1/4cawan gula perang

1 sk esen vanila

1 biji telur

*Semua bahan ini hanya perlu dikacau sebati sahaja.

*Bila dah kacau, masukkan pula bahan B seperti bawah.

BAHAN B

2 1/2 cawan tepung gandum

1/2 cawan tepung jagung

1 sk serbuk penaik

1 sk soda bikarbonat

6 sudu minyak masak

BAHAN C

Cip coklat

Badam cincang

*Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila dah sebati, baru tambahkan pula cip coklat dan badam (ikut suka banyak mana nak letak)

Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam.

Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.

Ketika susun atas loyang, jarakkan jauh sedikit antara satu sama lain bagi ruang pada biskut untuk mengembang.

Bakar 20 minit suhu 150 darjah guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.

Selamat mencuba ya!

Resipi ihsan dari Nurul Shafira.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply