Jom cuba Ikan Celup Tepung Pak Adnan Mersing !!

0

Umum tahu ikan celup tepung, popular di Terengganu dan antara pot best ikan celup tepung di sana adalah Warung Pok Nong di Mengabang Telipot.

“Bejujukkk beratur nung”, orang Teganu kata.

Haa ni nok kabor berita panas untuk kaki makan!!

Ikan Celup Tepung atau ICT pun ada di Mersing weyy…

Antara hidangan yang popular di sini adalah ketam celup tepung, udang celup tepung dan ikan celup tepung.

Terletak di Penyabung, Mersing, Johor, kedai ini diusahakan sendiri oleh anak jati Mersing oleh Pakcik Adnan bin Muda sejak 28 tahun lalu.

Pakcik Adnan berusia 60 tahun merupakan usahawan yang dibantu oleh RISDA.

Asalnya Pakcik Adnan menjual nasi lemak tapi lama kelamaan timbul idea pula nak cuba jual makanan berasaskan hasil laut.

Dari hari ke hari menu ICT Pakcik Adnan mendapat sambutan cukup memberangsangkan.

Peh!! sedap sungguh, ranggup disaji pula dengan sos istimewa Pakcik Nan.

Pelanggan Pakcik Nan bukan sahaja dari Johor malah luar Johor pun ramai yang menjadikan pot makan santai.

Haa jangan tak tahu ya, kedai ICT pakcik Adnan juga terkenal di kalangan kerabat diraja Johor.

Jom kami belanja gambar menu istimewa ini.

Isssshhhh kecur liur nengoknya.

Hidangan dijual dengan harga yang berpatutan dan hasil laut yang sangat segar membuatkan pelanggan tidak serik untuk datang berulang kali. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply