Jom baca tentang ‘buta gerhana’

0

Tahukah anda melihat gerhana matahari secara terus boleh merosakkan dan membutakan mata.

Ia dipanggil ‘buta gerhana’ dimana menyebabkan kerosakan sel retina yang terletak di belakang bebola mata akibat radiasi solar matahari.

Buta gerhana berlaku beberapa jam sehingga beberapa hari selepas melihat gerhana dan kerosakan pada mata adalah bersifat kekal dan tidak dapat dipulihkan lagi.

Bagi yang teruja dengan fenomena ini, elakkan melihat gerhana matahari secara terus atau menggunakan kamera telefon serta kamera berlensa untuk mengambil gambar.

Kajian mendapati walaupun dalam posisi gerhana cincin, cahaya yang memancar sudah cukup untuk merosakkan retina mata.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply