Jom amalkan tips 20.20.20 untuk lindungi mata anda

0

Kebanyakan pekerjaan hari ini memerlukan pekerja menggunakan komputer sepanjang hari.

Selepas bekerja, mata pula lebih banyak masa  fokus melihat telefon pintar. Balik ke rumah, mata tertumpu menonton televisyen pula.

Ini menyebabkan mata terdedah kepada ‘sinaran biru’ sepanjang hari termasuk pada waktu malam.

Sinaran biru ini telah diketahui mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan.

☑️ Menjejaskan waktu tidur dan menyebabkan memori serta ingatan anda terganggu

☑️ Merosakkan retina dan menjejaskan penglihatan

☑️ Mungkin boleh menyebabkan katarak

☑️ Mengganggu pembelajaran

☑️ Risiko kegemukan, kanser dan kemurungan

Antara saranan yang dicadangkan untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mengamalkan tips 20.20.20.

☑️ Berhenti melihat skrin komputer, telefon dan televisyen setiap 20 minit

☑️ Lihat objek sejauh 20 kaki

☑️ Selama 20 saat

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply