John Travolta menari rentak tari filem muzikal ‘Grease’ bersama anak perempuan untuk iklan, terus trending nombor satu di Yahoo

0

Pelakon Hollywood, John Travolta telah bekerjasama dengan anak perempuannya Ella untuk membuat adegan tarian terkenal dari filem lakonannya ‘Grease’ untuk iklan Super Bowl.

Pelakon berusia 66 tahun dan anak perempuannya yang berusia 20 tahun tampil dalam iklan untuk Scotts Miracle-Gro.

John mempersembahkan tarian terbabit dalam satu  adegan dari gerak tari filem berkenaan yang popular dan mencipta fenomena pada tahun 1978, di samping aktres, Olivia Newton John.

Tarian itu menjadikannya bekerjasama dengan anak perempuannya bersama mendiang Kelly Preston, Ella yang kini berusia 20 tahun ketika mengiklankan produk rumput bersama beberapa bintang lain.

Dalam iklan berdurasi 45 saat itu, ia turut dibintangi oleh Martha Stewart, 79, yang sedang berada dikebun tomato.

Carl Weathers pula bermain golf di halaman belakang rumahnya, sementara pemandu NASCAR Kyle Busch sedang mengendalikan mesin pemotong rumput dan jurulatih kecergasan, Emma Lovewell melakukan yoga.

John kemudian beraksi dengan bermain kamera telefon. 

“Ayah, itu ‘button’ merah ,” kata Ella, yang memakai jaket hitam bersama gaun cetak bunga hitam untuk iklan itu.

Setelah membuat kamera telefon berfungsi dengan baik, pasangan itu akhirnya memulakan rakaman.

John dan Ella kemudian menari lagu nyanyian Surfaces, Sunday Best yang menjadi popular pada tahun lepas diaplikasi TikTok.

Ella dan John dengan tangkas melakukan tarian yang dilakukan oleh watak Danny Zuko dengan Sandy Olsson, yang dilakonkan oleh Olivia Newton-John, 72.

“Dia masih hebat dan mendapat rentaknya,” kata Martha yang sedang mengintip aktiviti dua beranak itu melalui kebun tomatonya.

Pelakon Leslie David Baker berteriak, Hei, Travolta, jangan jadi ‘Tik Tok king’ di laman rumah saya!’

John juga mempunyai anak lelaki Benjamin yang berusia 10 tahun, bersama isterinya Kelly Preston, yang meninggal pada usia 57 tahun Julai tahun lalu setelah dua tahun didiagnosis menghidap barah payudara.

Beliau juga ayah kepada anak lelaki Jett, yang telah meninggal dunia pada usia 16 tahun ketika bercuti Krismas di Bahama sekitar tahun 2009.

Sementara itu, di laman Instagram pelakon gred A Hollywood ini berterima kasih kerana menjadikan tarian bersama anaknya trending nombor satu di laman jejaring Yahoo.

Untuk rekod Grease adalah salah satu filem terlaris pada era tahun 70-an dan terus menjadi filem bergenre tarian klasik berjaya di Hollywood.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

ahtpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply