Joe Jonas dan Sophie Turner bakal timang anak pertama

0

Pasangan Hollywood Joe Jonas dan Sophie Turner bakal timang anak pertama.

12 Februari lalu, pelakon Sophie mengumumkan soal kehamilannya kepada media setelah lebih kurang 9 bulan usia perkahwinan mereka.

Pasangan ini mula menjalinkan hubungan cinta pada 2016 dan bertunang Oktober 2017.

Sophie dan penyanyi daripada kumpulan pop rock Amerika, Jonas Brothers mengikat tali perkahwinan pada 1 Mei tahun lalu di A Little White Wedding Chapel di Las Vegas, Nevada selepas Billboard Music Awards 2019.

View this post on Instagram

Mr and Mrs Jonas Photo by @corbingurkin

A post shared by Sophie Turner (@sophiet) on

Majlis perkahwinan itu diadakan lima bulan selepas adiknya, Nick berkahwin dengan pelakon Priyanka Chopra di India.

Pada Jun 2019, mereka mengadakan perkahwinan kedua di Paris, Perancis dengan kehadiran ahli keluarga dan sahabat mereka.

Berikutan perkahwinannya, Sophie secara rasmi mengubah nama terakhirnya kepada Sophie Belinda Jonas.

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply