JLo dan Ben Affleck sekali lagi tampil romantis di Met Gala 2021

0

Penyanyi dan pelakon popular Jennifer Lopez dan teman lelakinya pelakon dan pengarah Ben Affleck, muncul bersama untuk kali ke dua selepas di Festival Filem Venice tahunan ke-78 minggu lalu.

Kali ini pasangan dikenali dengan jolokan Beniffer muncul di Met Gala 2021.

JLo tampil anggun dengan busana Ralph Lauren dan Ben Affleck muncul lebih tenang dalam tuksedo hitam klasik.

Lapor Majalah People, “Ben ingin melindungi apa yang mereka miliki,” kata sumber.

“Mereka mahu melakukan semua yang mereka mampu untuk hubungan ini,” kata sumber Lopez.

“Walaupun perpisahan mereka yang lalu meninggalkan kesan buruk bagi Jennifer, namun dia tidak pernah berkata buruk tentang Ben. Jennifer merasakan dia dan Ben perlu beri peluang kedua”, kata sumber itu lagi. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply