JKJAV perkenal dua cara baharu daftar vaksin COVID-19

0

Jika sebelum ini, orang ramai mendaftar diri sebagai penerima vaksin melalui aplikasi Mysejahtera, kini anda boleh mendaftar bagi mendapatkan vaksinasi menerusi laman web Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), http://vaksincovid.gov.my .

Selain itu, orang ramai juga boleh menelefon Talian Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan di talian , 1800-888-828 bagi urusan pendaftaran.

JKJAV telah memperkenalkan dua cara terbaharu ini kepada orang awam untuk mendaftar pengambilan vaksin COVID-19 dalam Bahasa Malaysia dan  Bahasa Inggeris serta turut memaparkan informasi tentang vaksinasi terbabit.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply