Jimin BTS kekal mendominasi reputasi kedudukan jenama ahli kumpulan sehingga Januari 2020

0

Institut Penyelidikan Perniagaan Korea telah mengeluarkan reputasi kedudukan jenama untuk ahli kumpulan atau individu idola K-Pop untuk bulan Januari!

Kedudukan itu ditentukan menerusi analisis penyertaan pengguna, liputan media, komunikasi, dan indeks kesedaran komuniti terhadap 598 ahli kumpulan lelaki, menggunakan data besar yang dikumpulkan dari 10 Disember 2019 sehingga 11 Januari 2020.

Jimin BTS menduduki tempat pertama selama 13 bulan berturut-turut dengan indeks reputasi jenama sebanyak 9,287,381, iaitu pengurangan 6.17 peratus daripada bulan sebelumnya.

Frasa peringkat tinggi dalam analisis kata kuncinya termasuk “Golden Disc,” “Times Square,” dan “ARMY,” manakala istilah yang berkaitan dengannya termasuk “kacak,” “manis,” dan “menderma.”

Analisis positif serta negatif Jimin BTS juga mendedahkan skor 82.08 peratus melalui tindak balas positif.

V BTS pula menduduki tempat kedua dengan indeks reputasi jenama 6,122,361 bulan ini.

Ditempat ketiga pula ialah Cha Eun Woo ASTRO dengan indeks 5,780,405 untuk Januari.

Jom semak kedudukan 30 teratas untuk Januari 2020!

  1. BTS’s Jimin
  2. BTS’s V
  3. ASTRO’s Cha Eun Woo
  4. TVXQ’s Changmin
  5. SF9’s Rowoon
  6. BTS’s Jin
  7. BIGBANG’s G-Dragon
  8. BTS’s Jungkook
  9. BTS’s RM
  10. BTS’s Suga
  11. BTS’s J-Hope
  12. EXO’s Baekhyun
  13. NU’EST’s Minhyun
  14. SF9’s Dawon
  15. CNBLUE’s Jung Yong Hwa
  16. SF9’s Chani
  17. GOT7’s Jinyang
  18. Super Junior’s Lee Teuk
  19. Super Junior’s Kyuhyun
  20. EXO’s Suho
  21. Block B’s Park Kyung
  22. Block B’s P.O
  23. EXO’s Chanyeol
  24. ABGIX’s Lee Dae Hwi
  25. BIGBANG’s Taeyang
  26. EXO’ Kai
  27. WINNER’s Song Mino
  28. SEVENTEEN’s Jun
  29. EXO’ Sehun
  30. NU’EST’s Baekho


    *Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

    htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply