“Jika mahu tukar “Kapten”, tunggu sampai destinasi” – Setiausaha Politik Perdana Menteri

0

PUTRAJAYA: Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Tuan Abu Bakar Yahya hari ini menasihatkan supaya pemimpin dan ahli politik Pakatan Harapan supaya tidak memaksa Perdana Menteri berundur tatkala Kerajaan sedang mendepani cabaran dan berusaha menyelesaikan segala masalah negara.

“Jika kapal sedang belayar jangan paksa kapten berundur, khuatir nanti tatkala menempuh gelombang, kapal karam dan terbalik”

Beliau turut menasihat agar jika mahu Perdana Menteri di tukar, perlu sampai ke “destinasi” dahulu.

“Jika mahu menukar kapten tunggu sampai ke destinasi”

Beliau berkata demikian ketika di hubungi The Malaya Post sebentar tadi susulan desakan berterusan daripada segelintir pemimpin PH yang mahukan Tun Dr. Mahathir menyerahkan kuasa kepada Presiden PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim sehingga Perdana Menteri Tun Dr Mahathir semalam mengeluarkan kenyataan pada sidang medianya bahawa beliau sanggup letak jawatan serta-merta jika ke semua pemimpin parti dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan mahu beliau letak jawatan. –THE MALAYA POST

*Subcribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply