Jihan Muse terima anugerah Best Comedy Awards anjuran Asian Academy Creative Awards

0

Pelakon dan pengacara versatil, Jihan Muse berkongsi entri di laman instagram yang memaparkan sebuah trofi Best Comedy Awards.

Menurut Jihan, dia telah memenangi Best Comedy Awards anjuran Asian Academy Creative Awards yang berlangsung di Victoria Theatre, Singapura.

Melalui perkongsian itu juga, Jihan turut mengucapkan tahniah kepada pengurusan dan pasukan drama komedi Keluarga Bahadom yang ditayangkan diaplikasi Viu serta memenangi Best Comedy Programme.

“Tahniah juga #keluargabahadon pun menang BEST COMEDY PROGRAMME . Yay!
Congrats @anomalousfilms @susan_lankester @viumalaysia and semua team #keluargabahadon !” tulis Jihan.

Dalam pada itu, Jihan turut berterima kasih kepada pengarah Keluarga Bahadon yang telah mewakilinya untuk menerima trofi kemenangan itu.

Menurutnya lagi, dia tidak dapat menghadiri acara berprestij berkenaan kerana terikat dengan jadual kerja.

Nampaknya bakat Jihan Muse semakin bersinar dan setaraf dengan artis komedi antarabangsa yang lain. Tahniah Jihan!

Leave a Reply