Jihan Muse rangkul Persembahan Komedi Terbaik Asia

0

Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu.

Begitulah yang terjadi terhadap perjalanan karier  pelawak wanita, Jihan Muse apabila telah dinobatkan sebagai pemenang Persembahan Komedi Terbaik di peringkat Asia.

Tidak di dapat digambarkan dengan kata-kata apabila pelawak itu meluahkan rasa syukur dan gembira dengan kata-kata “Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar” di laman Instagram ketika dia menerima berita berkenaan dari pihak pengurusan @mylolentertainment.

https://www.instagram.com/p/B3qwbeigjZK/?igshid=59yqknhk8neb

Pencapaian yang dimenangi di Anugerah Kreatif Akademi Asia (AAA) 2019 adalah menerusi persembahannya dalam sebuah telefilem Keluarga Baha Don yang disiarkan di saluran perkhidmatan penstriman Viu.

Atas usaha gigih dari semua pihak, Jihan mendedikasikan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan telefilem berkenaan.

Jihan turut berkongsi kemenangan ini sebagai hadiah terbesar sepanjang kariernya bergelar anak seni bersama para peminat @jihanizer yang  sentiasa menyokong kerjayanya selama ini.

Pihak LOL Entertainment memaklumkan bahawa terdapat 35 kategori dipertandingkan bagi setiap negara.

Setiap pemenang akan mewakili negara masing-masing bersama 15 negara lain pada malam gala yang akan berlangsung Disember ini.

Anugerah AAA 2019 itu akan diadakan di Teater Victoria, Singapura.

Leave a Reply