Jepun dilanda gegaran gempa bumi 7.1 magnitud

0

Gempa bumi kuat dengan gegaran awal berukuran 7.1 magnitud melanda pantai timur Jepun hari ini namun dilaporkan tiada kerosakan besar berlaku dan tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun, pusat gempa bumi itu terletak 60 kilometer (km) dari pantai Wilayah Fukushima.

Gempa bumi yang melanda pada pukul 11.08 malam  waktu tempatan (1408 GMT), dan menggegarkan bangunan di ibu kota Tokyo dan beberapa tempat lain namun Agensi Meteorologi Jepun mengatakan tidak ada amaran tsunami dikeluarkan.

Wakil kerajaan Katsunobu Kato memberitahu melalui taklimat yang disiarkan NHK, kira-kira 950,000 isi rumah terputus hubungan dan tiada kemalangan di dua loji nuklear, Fukushima Dai-ni dan Onagawa namun pihak berkuasa masih memeriksa di Fukushima Dai-ichi.

Dalam pada itu, NHK memberitahu tiada laporan mengenai kerosakan di loji nuklear lain di Tokaimura mahupun di Wilayah Ibaraki.

Gempa bumi biasa berlaku di Jepun, salah satu kawasan yang paling aktif secara seismik di dunia dan menyumbang kira-kira 20 peratus gempa bumi berskala 6 atau lebih besar. – Reuters

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply