Jemaah umrah wajib ada insurans COVID-19

0

Ini pula berita penting untuk jemaah yang ingin ke Arab Saudi dengan visa umrah, lawatan dan pelancongan.

Anda diwajibkan mempunyai perlindungan insurans terhadap risiko jangkitan COVID-19.

Bank Pusat Arab Saudi dan Majlis Insurans Kesihatan Koperasi mengumumkan baru-baru ini mengenai keperluan untuk mengemas kini format polisi insurans dalam hal ini dengan menambahkan liputan untuk risiko jangkitan COVID-19.
Memetik portal berita Saudi Gazette, penambahan syarat itu bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan untuk bukan warganegara Arab Saudi dari luar negara untuk tujuan pelancongan, lawatan dan umrah sekiranya mereka dijangkiti virus berkenaan.

Ini adalah untuk memastikan keselamatan semua pihak selain memastikan akses yang cepat dan mudah dalam mendapatkan rawatan.

Perlindungan insurans mencakupi kos rawatan orang yang dijangkiti, kos prosedur kuarantin dan pemindahan perubatan dalam keadaan kecemasan.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply