Jemaah Menteri mahu semua pihak menghormati kedaulatan undang-undang negara

0

Para jemaah menteri memandang serius insiden serangan ke atas YB Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semasa menghadiri majlis di Ulu Tiram, Johor pada 1 Februari lalu.

Satu kenyataan jemaah menteri menyentuh prinsip kedaulatan undang-undang menyatakan tindakan kasar serta biadap yang berlaku pada ketika itu tidak mencerminkan akhlak yang baik dan ianya perlu dikecam.

Dalam setiap negara mempunyai undang-undang malah kerajaan telah mengamalkan “Rule of Law” dan semua pihak tanpa terkecuali, harus mematuhi undang-undang negara yang telah ditetapkan.

Pihak berkuasa juga mesti menegakkan undang-undang secara telus dan tegas tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati tidak menghormati undang-undang ini.

Hanya mereka yang menjadi anggota kerajaan yang berhak memberi arahan, namun jika arahan bercanggah dengan undang-undang atau SOP, petugas tidak perlu bertindak,”

Dalam pada itu, kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak termasuk di negeri-negeri yang tidak menghormati undang-undang negara termasuk yang tidak mematuhi arahan yang diberikan dan menegaskan kedaulatan undang-undang hendaklah sentiasa dipatuhi oleh kesemua pihak.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply