Jari kanak-kanak putus tersepit jeriji pintu bercorak

0

Menghias dan mempunyai rumah yang cantik merupakan satu kepuasan dan menjadi idaman bagi setiap wanita.

Namun di sebalik kecantikan dan kesempurnaan yang diinginkan mungkin ramai yang terlepas pandang soal keselamatan terutama yang mempunyai anak-anak kecil di rumah.

Menurut perkongsian seorang pengguna media sosial, Anee Hamid di laman Facebooknya, jari tangan adik bongsunya putus akibat bermain jeriji bercorak pada pintu utama rumahnya.

Insiden yang berlaku pada jam 1.00 tengah hari itu terjadi ketika adiknya bermain dan menggantungkan tangannya pada jeriji pintu yang mempunyai kerawang bunga dan kemudiannya terjatuh kerana tidak dapat mengimbangi badannya.

Kesan dari itu ia telah menyebabkan jari adiknya tersepit di antara bunga tersebut dan putus.

Anee Hamid bergegas membawa adiknya ke hospital dan doktor telah merendam jari yang terputus itu di dalam ais bagi mengekalkan kestabilan jari kerana kemungkinan besar jari terbabit masih boleh disambung semula.

Pembedahan dilakukan segera dan mengambil masa selama dua jam setengah untuk menyambung kembali jari adiknya.

Menurutnya lagi, doktor mengesahkan hanya satu urat jari sahaja yang dapat diselamatkan manakala urat yang lain telah hancur.

Tambahnya lagi, “Doktor menunggu aliran darah melalui jari yang disambungkan tu.. Macam2x cara.. Pertama cucuk ubat cairkan darah.. Kedua.. Letak bawah lampu supaya darah mengalir dengan baik..lega dengar.. Tetapi semalam doktor cakap.. Jari makin kecut.. Darah masuk pom secara paksa.. Tak sampai ke kuku.. Mungkin jari akan mati.. Ya allah sian poksu😭😭😭..”

“Tapi doktor bagi masa 2 hari.. Kalau pengaliran darah tak cantik. Akan buat pembedahan balik.. Buang jari yang disambungkan tadi.. Ya allah.. Semoga ada keajaiban darimu.. Hanya mu boleh makbulkan.. Kalu boleh ambik jari kak long pom ambik lah.. Sebab kak long tua doh.. Poksu masih memerlukan jari tu.. 😭😭😭😭” tulisnya di ruangan status laman sosial bersama beberapa keping gambar.

https://www.facebook.com/groups/1583648665076522/permalink/2527618637346182/?sfnsn=mo

Anee Hamid turut berpesan kepada warganet supaya berhati-hati dan jika mempunyai pagar mahupun pintu seperti rumahnya, dia mencadangakan agar menutup kawasan yang tajam sebaiknya agar tidak terlalu terdedah.

Di ruangan komen, netizen meluahkan rasa simpati atas kemalangan yang berlaku, dan tidak kurang juga yang terharu apabila dia menawarkan jarinya sebagai ganti.

Leave a Reply