Jangan skip pakai ‘conditioner’! Ini manfaat dan tips cara guna conditioner’ dengan betul

0

Berapa ramaikah di antara kita konsisten dalam mengaplikasi perapi rambut?

Sebenarnya, perapi rambut adalah ‘makanan rambut’ yang wajib dalam usaha mendapatkan rambut sihat bersinar, lembut dan cantik beralun.

Namun, gaya hidup, faktor persekitaran, pemakanan, penggunaan bahan kimia, bahan pewarna, kerinting rambut dan lain-lain telah merosakkan serta menghilangkan minyak semula jadi yang bermanfaat untuk rambut.

Oleh itu, perapi rambut sangat penting dalam usaha mengembalikan kecantikan dan kesihatan rambut.

Jom kami kongsikan cara mudah memilih perapi yang bersesuaian dan cara penggunaannya.

1. Cuci rambut menggunakan syampu bersesuaian. Selain dari membersihkan rambut, ia juga berfungsi membersihkan kulit kepala.

Sebagai contoh, kulit sensitif, berminyak dan berkelemumur. Untuk jenis rambut, perhatikan rambut anda jenis berminyak, normal, kering, rosak atau ‘flat’.

Jika anda mengalami masalah kulit kepala dan pada masa sama rambut juga, berikan perhatian untuk menyelesaikan masalah kulit kepala terlebih dahulu.

Penting untuk memghapus masalah kulit kepala dalam usaha mendapatkan rambut sihat.

2. Perapi jenis bilas.

Sesuai buat anda yang mempunyai rambut lebat dan panjang.

Ratakan perapi bermula dari dari tengah rambut hinggalah ke hujung. Anda tidak digalakkan menyapu perapi dari pangkal rambut.

Ini kerana semasa rambut tumbuh, akar menghasilkan minyak. Sekiranya anda menggunakan perapi pada akar, ia akan menjadi lebih berminyak dan boleh menyebabkan rambut gugur.

Biarkan dan beri masa perapi bertindak. Semakin lama anda membiarkan produk bertindak, semakin banyak ia dapat meningkatkan kesihatan rambut anda. Sekiranya anda tergesa-gesa membilasnya, rambut tidak akan lembut dan berkilau.

Setelah itu, bilas perapi. Sedikit tips, air sejuk lebih baik untuk rambut. Bilas rambut anda selama beberapa minit. Jika rambut anda masih kelihatan “lurus”, ini bermakna masih ada produk perapi di dalamnya.

Teruskan membilas. Apabila rambut anda lembut tetapi tidak lagi kelihatan licin, bermakna perjalanan mengaplikasi perapi telah sempurna.

3. Perapi tanpa bilas / ‘leave-on’.

Ada dua jenis, iaitu krim dan semburan. Jenis krim sesuai buat rambut tebal, panjang atau kerinting. Manakala jenis semburan lebih sesuai buat anda yang berambut pendek, nipis dan lurus.

Setelah rambut dicuci dan dibersihkan dengan syampu, semburkan pada rambut. Terserlah pada anda untuk menyemburkannya tatkala rambut basah mahupun kering.

Bagi perapi krim, sapukan pada rambut bermula pertengahan hinggalah ke hujung rambut. Ratakan dengan menggunakan tapak tangan. Paling sesuai ketika rambut lembap. Mulakan dengan sedikit perapi, kemudian gunakan lebih banyak jika perlu. Ianya tidak perlu dibilas. Setelah itu, sikat rambut anda.

Pilih sikat bergigi lebar untuk menggayakan rambut. Ini akan menyebarkan perapi dengan lebih baik, disamping mengelakkan sebahagian rambut menjadi penuh dengan krim dan bahagian yang lain pula kering.

3. Rawatan hair mask.

Sama seperti kaedah di atas, bersihkan rambut terlebih dahulu.

Sapukan krim rawatan dengan lapisan tebal ke atas keseluruhan rambut hingga ke akar. Pisahkan bahagian rambut menggunakan sikat untuk menutup setiap helaian dengan krim.

Biarkan ia bertindak. Pakai topi mandi untuk mengelak dari menitis ke bahagian wajah. Diamkan selama 20 hingga 30 minit. Sekiranya anda mahukan kesan lebih baik , gunakan pengering rambut dalam mod panas dan panaskan krim semasa ia berfungsi.

Kemudian bilas krim rawatan selama 3 hingga 5 minit. Pastikan tiada sisa perapi pada rambut. Sebaik sahaja rambut tidak kelihatan “licin”, anda boleh mengeringkan dan menggayakan rambut mengikut kehendak anda.

Sebenarnya, tidak sukar untuk mendapatkan rambut idaman. Paling penting, perlu ada kerajinan, kesabaran dan sedikit pelaburan. Barulah rambut idaman akan menjadi kenyataan.

Jom cantik! 💇‍♀️

Leave a Reply