Jangan rumitkan keadaan, bantu rakyat tanpa berlengah – MB Perak

0

Kerajaan negeri Perak pimpinan YAB Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu terus melangkah ke hadapan membawa harapan rakyat dalam menyediakan suasana kehidupan yang lebih baik.

Tidak mahu berlengah, barisan kepimpinan Dato’ Seri Ahmad Faizal mahu menumpukan kerja bagi menyediakan keperluan rakyat yang perlu diutamakan secara menyeluruh tanpa mengambil kira ideologi politik.

Terima laporan, singgah ziarah dan lulus!
Membantu rakyat yang memerlukan bantuan tidak harus dibazirkan dengan proses dan prosedur rumit.

Segala peruntukan telah tersedia, maka bergerak lah secara agresif dan mencari apa yang perlu agar kerajaan negeri dapat membantu.

Atas dasar itu juga, Dato’ Seri Ahmad Faizal turut mendengar keluhan rakyat dalam mengharungi keadaan kos sara hidup semakin meningkat ditambah dengan penambahan bilangan anggota dalam sesebuah keluarga yang perlu dipertanggungjawabkan.

Bagi Dato’ Seri Ahmad Faizal, kuasa kepimpinan adalah dicipta dan dimanifestasikan berdasarkan falsafah dan tujuan untuk menyediakan kebahagiaan serta kesejahteraan bagi rakyat.

View this post on Instagram

Belanjawan Negeri Perak 2020 : Penjawat Awam

A post shared by Faizal Azumu (@faizalazumu) on

Berdasarkan falsafah berkenaan, kerajaan Negeri Perak meneruskan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) berjumlah sebulan gaji atau minima RM2,000 kepada semua penjawat awam negeri dan Orang Besar Jajahan (OBJ).

Bukan setakat itu sahaja, bantuan ini dipanjangkan  kepada lebih 10,000 penjawat awam di Perak dan telah dibayar sepenuhnya sebelum akhir tahun lalu.

Dato’ Seri Ahmad Faizal ketika ditemui The Malaya Post berkata, bantuan khas kewangan sebanyak RM1,000 turut diberikan kepada guru sandaran tidak terlatih, pekerja sambilan harian, guru Tadika Islam, JAIPK, imam, bilal, siak, ketua kampung serta tok batin.

“Saya zahirkan penghargaan di atas segala komitmen semua pihak dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi yang sentiasa diberikan oleh penjawat awam negeri.

“Bantuan Khas Kewangan sebulan gaji atau minimum RM2,000 kepada semua penjawat awam negeri dan Orang Besar Jajahan (OBJ), yang juga dibayar sepenuhnya sebelum berakhir tahun lalu dan akan diteruskan sehingga ke tahun ini”, katanya ketika temubual secara eksklusif The Malaya Post.

Yang nyata, cita-cita dan niat yang baik mesti disertai dengan usaha dan jalan yang baik untuk melaksanakannya.

Maka dengan itu, Dato’ Seri Ahmad Faizal menetapkan tema iaitu, “Perak Negeri Berdaya Tahan, Mampan dan Inklusif”, sebagai penanda aras terhadap empat fokus yang ditetapkan bagi memastikan segala perancangan dapat terlaksana ke arah mencapai satu matlamat yang sama dan bersepadu bagi memenuhi aspirasi dan harapan rakyat.-– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply