Jangan putus asa, ikhtiar cari penyelesaian – PM

0

Perdana Menteri meminta rakyat untuk bersama-sama bermuhasabah di atas ujian pandemik Covid-19 yang melanda negara ketika ini.

Tan Sri Muhyiddi  berkata wabak itu adalah satu ujian daripada Allah SWT.

Sementara dalam Islam dianjurkan untuk terus bersabar, reda dan tidak berputus asa untuk berikhtiar dalam mencari penyelesaian.

Selain itu, katanya, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) serta Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah antara ikhtiar dalam melindungi rakyat daripada wabak tersebut.

Beliau turut menghargai kesungguhan petugas barisan hadapan, penjawat awam, badan bukan kerajaan dan orang perseorangan dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan dalam keadaan sukar ketika ini.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Malaysia Berzikir Bersama  Menteri menerusi slot rancangan Forum Perdana Ehwal Islam yang disiarkan secara langsung di TV1 dan media sosial rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) malam ini.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply